Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha YZF-R15 Satu-Satunya Sportbike Aras Mula di India Dapat ABS Dual-Chanel
Roda2

Yamaha YZF-R15 Satu-Satunya Sportbike Aras Mula di India Dapat ABS Dual-Chanel

AryonBy Aryon16/09/20191 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KALAU pasaran Malaysia masih lagi panas tentang pengenalan Yamaha YZF-R15 v3.0 pertengahan tahun lalu,  tetapi Yamaha Motor India (YMI) minggu lalu memperkenalkan versi dipertingkat atau facelift untuk sportbike aras mula itu sebagai membuka tirai 2019.

YZF-R15 ABS dilancarkan pada harga ₹1.39 lakh (RM8,060), lebih mahal ₹12,000 lakh (RM695) berbanding versi bukan ABS. Model generasi ketiga itu kali pertama dilancarkan pada pameran Auto Expo 2018 dan menjadi antara model YMI paling laris di India.

BACA >>> Yamaha YZF-R15 Kini di Pasaran, Berapa Harga? Jeng Jeng Jeng…

Dengan ABS, R15 kini memiliki ciri keselamatan penting yang tidak dimiliki pesaing lain dalam kelas sama. Malah, sportbike ini turut didatangkan dengan ABS dual-channel sebagai standard. Khabarnya, beberapa minggu akan datang bakal menyaksikan YMI menaik taraf barisan produk sedia ada dengan ciri ABS dalam usaha memenuhi syarat regulasi keselamatan baharu akan datang.

Pengerusi YMI, Motofumi Shitara berkata, kempen ‘Call of the Blue’, yang diperkenalkan pada 2018, ialah permulaan rupa baharu yang menyerlahkan gaya DNA Yamaha sebenar, termasuk elemen sportines dan keterujaan.

“Tahun Baru 2019 juga akan jadi sesuatu yang mengujakan bagi Yamaha dan kami sudah sedia dengan produk menggetarkan jiwa.

“Sebagai jenama yang dikenali sebagai perintis generasi  bagi tunggangan bergaya menerusi teknologi dipertingkat, Yamaha kini mengimplementasikan ABS dual-chanel untuk R15 v3.0,” katanya.

Inisiatif untuk menawarkan ABS dual-chanel R15, v3.0 akan meletakkan Yamaha sebagai penetap trend dalam kelas 150cc tanpa mengetepikan aspek tunggangan dengan gaya dan keseronokan.

YZF-R15 ABS ialah motosikal pertama 2019 dalam kelas 150cc yang mendapat ABS dual-channel sebagai ciri standard. Tiada pembaharuan mekanikal dibuat, masih dipadukan teknologi VVA, klac bantu dan sliper (A&S), dan lampu utama, termasuk lampu belakang LED.

Unit ABS didatangkan dengan tekanan bendalir boleh laras yang membolehkan jentera membrek mengejut atas jalan raya basah. Prestasi dijana daripada enjin 4-lejang silinder tunggal 155cc, penyejukan cecair berkuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

BACA >>> Walaupun Kacak dan Tekno, Yamaha R15 Ada Masalah Besar?

Ada tiga warna baharu diperkenalkan: Darknight (hitam), Thunder Grey (kelabu) dan Racing Blue (biru). Sepanjang tahun pertama pengenalan, R15 v3.0 mencatatkan jualan memberangsangkan, iaitu dua kali ganda daripada sasaran asal YMI. Jadi, jangkaan sama turut diletakkan pada R15 ABS.

YMI dikatakan akan melancarkan model baharu pada 21 Januari ini yang khabarnya model FZ v3.0. Mungkinkah model streetbike itu juga akan dibekalkan ABS dual-channel?

Di Malaysia pula, mungkinkah Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut akan membekalkan R15 dengan ciri keselamatan sama sebagai pembaharuan tahun ini? Adakah HLYM masih lagi tidak sporting untuk terus memboikot wartawan ArenaPermotoran hanya kerana menyiarkan foto teaser atau buat sedikit spekulasi tentang produk Yamaha. Jeng jeng jeng…

SUMBER: AutoNDTV

Call of the Blue India Motofumi Shitara roda2 sportbike Yamaha Yamaha Motor India Yamaha Motor India (YMI) Yamaha R15 Yamaha YZF-R15 Yamaha YZF-R15 v3.0
Aryon

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Factory Made, Program Kustom Ducati Terus Dari Kilang!

17/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

12/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026

1 Comment

  1. shafiqul islam on 27/02/2020 08:55

    I’d like to buy this bike ,,,, where is your surfer

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.