Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: Tukar Yamaha FZ150i Jadi Sportbike, Streetfighter dan Cafe Racer!
Bikin Auto

#BikinMotor: Tukar Yamaha FZ150i Jadi Sportbike, Streetfighter dan Cafe Racer!

ZYBy ZY19/10/20198 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEDAR tidak sedar, sejak dilancarkan Januari 2008, kini sudah lebih 10 tahun streetbike Yamaha FZ150i berada di pasaran tempatan. Dan kelibat jentera itu masih banyak kelihatan, terutama pagi ketika warga Malaysia berpusu-pusu ke pejabat mencari rezeki.

Dengan enjin 150cc, 4-lejang, kapasiti tangki bahan api besar dan kos ‘membela’ yang tidak jauh berbeza dengan moped dan kapcai, menjadikan streetbike sulung Yamaha itu sebagai pilihan golongan penunggang yang mahukan sebuah motosikal praktikal, tanpa terlalu cerewetkan rupa.

BACA >>> 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia

Namun, itu tidak bermakna pemilik FZ150i sudah berpuas hati. Apatah lagi sepanjang tempoh sedekad lalu, tidak banyak perubahan besar ditampilkan Yamaha terhadap gaya dan rekaan motosikal tersebut. Apa yang ada cuma rekaan lampu berlian atau diamond, dan versi dipertingkat (facelift) 2014 dengan menampilkan beberapa pembaharuan.

Namun, masih ada banyak sudut yang boleh disentuh untuk kerja modifikasi dan penambahbaikan, terutama dari segi visual. Sememangnya, ruang ditinggalkan itu cukup besar untuk dieksploitasi kepada rekabentuk dan gaya berbeza, sekali gus menutup imej naked asal jentera berkenaan.

Jika anda salah seorang pemilik FZ150i yang sudah bosan, dan mahu menyerlahkan seri jentera kesayangan itu, di bawah ini kami hidangkan tiga pilihan modifikasi dan foto transformasi gaya yang boleh dijadikan ilham.

1. SPORTBIKE

Walaupun enjin 150cc saja, R15 v2 lebih garang daripada abangnya R25

Masih ada belum tahu, enjin dan frem Yamaha FZ150i turut dipasarkan dalam bentuk sportbike melalui model YZF-R15 untuk pasaran India (disusuli Indonesia), dan YZF-R125 untuk pasaran Eropah. Jadi, memang tidak timbul soal ‘acah-acah superbike‘ apabila jentera itu disarungkan fairing. Pedulikan sindiran penunggang lain dan maafkan saja mereka kerana tidak tahu bahawa enjin dan frem motosikal anda itu sememangnya sesuai untuk tunggangan sporty.

Buat mereka yang mahu menyumpah FZ150i kepada jentera ala sportbike, tahukah anda pilihan rekabentuk sedia ada memang banyak. Baik R15 versi terdahulu hingga versi ketiga (paling terkini). Fairing dan aksesori serta komponen ori seperti meter, alas pemijak dan lengan ayun R15 boleh dibeli daripada penjual atau pengedar.

Terpulanglah sama ada mahu ubah sedikit demi sedikit, atau sekali harung. Maklumlah kos komponen dan pemasangan boleh mencecah daripada ratusan hingga ribuan ringgit. Hasilnya tidak perlu dipertikai. Rekaan DNA sportbike Yamaha sememangnya cukup menggiurkan.

2. STRETFIGHTER

Yamaha TFX150 di Vietnam. Garang tak?

Modifikasi streetfighter adalah antara pilihan popular dan menjimatkan. Walaupun anda boleh mengambil ilham streetfighter Yamaha M-Slaz (untuk pasaran Thailand sahaja, Xabre di Indonesia dan TFX150 di Vietnam), pengubahsuaian penuh kepada model-model tersebut masih sukar dilakukan kerana rekaan dan susun atur komponen berbeza. Justeru, motosikal anda memerlukan sentuhan kreativiti si pemilik dan mekanik supaya dapat hasil yang bukan saja unik, tetapi membanggakan.


Lihatlah FZ150i milik saudara Jamal ini sebagai contoh. Memang cukup unik apabila dia dengan berani menggabungkan pelbagai komponen asal motosikal berbeza seperti:

  • Meter, tapak pemijak, set belakang dan lengan ayun Yamaha R15 v2.
  • Skup udara Kawasaki z250SL.
  • Lampu depan Demak Skyline.

Selebihnya ialah komponen aftermarket seperti fork terbalik, penutup tangki (tank condom) dan penutup frem (deltabox cover) dikenakan untuk penampilan lebih gagah. Walaupun FZ150i milik Jamal ialah versi awal tanpa brek cakera belakang, anak muda itu tidak menunggu masa lama untuk menyarungkan roda belakang dengan set rim sport lebar bersama brek cakera demi menyempurnakan transformasi ulung menjadi sebuah jentera streetfighter mengagumkan!

3. CAFE RACER / NEO RETRO

Idamkan cafe racer Honda CB150R Exmotion seperti yang pernah kami paparkan sebelum ini? Sayangnya, motosikal itu kemungkinan besar tidak akan dibawa masu ke pasaran Malaysia. Tetapi, jangan risau kerana FZ150i turut boleh dijelmakan menjadi gaya retro tanpa perlu banyak modifikasi.

BACA >>> Honda CB150R ExMotion – Motosikal Neo-Retro 150cc Pertama Honda Dilancarkan di Thailand

Lihat contoh Neo-Tracker di atas ini yang mendapat sentuhan Kastros Garage Indonesia. Memang lawa! Berikut senarai perubahan minimum yang dibuat:

  • Rim depan aluminium 2.50-R18
  • Rim belakang aluminium 3.00-R17
  • Lampu depan Autopall
  • Hendal Yamaha Byson
  • Suspensi belakang asal Yamaha V-xion (FZ150i)
  • Ekzos kustom Katros Garage
  • Fender belakang Yamaha DT
  • Lampu brek Polaris
  • Pelana kustom kulit sintentik Katros Garage
  • Penutup tangki kustom

Melengkapkan transformasi akhir cafe racer tersebut adalah padanan cat hitam separuh kilat dan perak gelap yang dilayurkan supaya tampil gaya ‘old-skool’. Nah, itu sahaja, ringkas bukan? Tetapi, memandangkan bengkel Kastros Garage hanya ada di Indonesia, terpaksalah peminat di Malaysia mendapatkan khidmat kepakaran orang tempatan jika berhajat mahu melakukan modifikasi seperti itu.

bikin motor Cafe racer Modifikasi motosikal roda2 sportbike streetfighter ubah suai Yamaha Yamaha FZ150i
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

11/06/2026
Auto Terkini

Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

10/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

09/06/2026

8 Comments

  1. Chong on 24/09/2017 12:59

    Well done

    Reply
    • ambo on 21/10/2017 22:49

      pandangan aku Malaysia selalu tertinggal sebab nk bg murah..negara jiran cpt je model terkini dibawa masuk..prsn mrk juga luas berbanding kt..mampu tengok je le..

      Reply
  2. Donwilson on 24/11/2017 10:26

    Aku pernah pakai fz v2 tahun 2013.eksiden jatuh motor 2 kali sebab tayar stok depan licin macam haram jadah. Lepas kejadian tu aku terus jual moto dah bertobat x mau lagi guna moto yang besar dan guna manual klac. Biarlah aku guna kapcai sampai bila2 sebab minyak jimat dan maintenance rendah.lagipun aku bawa slow saja 55-65 kmsj(gps).

    Reply
  3. areza on 12/07/2019 20:13

    mana kedai ni.. boleh juga nk anta motor

    Reply
  4. *Tannis Nakenthiran on 26/09/2019 22:15

    I have fz 150…I need modified like a cafe racer…where is the garage to meet..?how much budget for the bike modification….?can get contact very easy to know…..

    Reply
  5. Hafiz on 21/10/2019 10:48

    Katros garage mmg awesome. modifikasi mereka buat utk cafe racer / tracker sgt terkehadapan

    Reply
  6. Mie on 10/01/2020 17:48

    Berapa kos untuk modifikasi fz v3 kepada r15 v2 full set depan belakang.. Hanya luaran sahaja untuk kelihatan lebih sporty dan kurang sedikit hentakan angin dari hadapan.

    Reply
  7. Mahmud on 18/08/2022 17:44

    Boss awake memang jaga nyawa. Saya jatuh berkali kali pun Masih yak puas lagi naik fz

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Alpinestars Supertech R10
Aksesori

Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

By Shazwan Hisam08/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.