Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Yamaha Aerox 155 Connected (2021) Serba Baharu Lancar di Indonesia, Harga Mula RM7.2k
Roda2

Yamaha Aerox 155 Connected (2021) Serba Baharu Lancar di Indonesia, Harga Mula RM7.2k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/11/20202 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) rasmi memperkenalkan skuter sport Yamaha Aerox 155 (Malaysia: NVX 155) secara digital dengan menampilkan beberapa perubahan signifikan untuk penampilan lebih segar.

Di Indonesia, model 2021 itu kini dikenali sebagai Yamaha Aerox 155 Connected (2021) serba baharu yang ditawarkan dalam dua varian:

BACA >>> Masalah Suis Lampu Brek: HLYM Panggil Balik Yamaha NVX 155!

  • Aerox 155 Connected ABS – Rp29,000,000 (RM8,219)
  • Aerox 155 Connected – Rp25, 500,000 (RM7,230)

Trenkuasa Aerox 155 Connected (2021) dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi VVA menghasilkan kuasa 15.1hp @ 8,000rpm dan tork 13.9Nm@ 6,500rpm yang menjadikan model ini sebagai skuter dengan nisbah kuasa dan berat terbaik dalam kelas.

Ia turut dilengkapi teknologi penghidup pintar Smart Motor Generator (SMG) untuk semua varian dan sistem henti-mula Stop Start System (SSS) untuk ABS.

Penampilan pemuka dipadankan spidometer digital baharu. Ia juga didatangkan dengan aplikasi  Y-Connect yang boleh  dihubungkan kepada telefon menerusi sambungan Bluetooth. Aplikasi ini membolehkan pemilik mengetahui maklumat seperti kadar penggunaan dan kapasiti petrol, maklumat lokasi parkir terakhir, dan notifikasi selenggara menerusi telefon.

REKABENTUK BAHARU

Dari segi rekabentuk, Aerox 155 Connected (2021) ini mengetengahkan DNA Super Sport yang kuat menerusi konsep fairing aerodinamik penuh kiri dan kanan. Lampu baharu dengan teknologi LED depan dan belakang kini direka lebih tajam dan lebar berserta lampu siang (DRL).


Bahagian pelana pembonceng direka lebih selesa dan dipasangkan bar grip yang disepadukan dengan badan. Bahagian roda menggunakan fork teleskopik di depan dan absorber kembar (varian ABS diberikan subtabung) untuk prestasi redaman lebih optimum, manakala tayar jenis tiubles saiz 110/80 R14 (depan) dan 140/70 R14 (belakang).

Bahagian roda depan menggunakan sistem brek cakera di depan dan brek dram di belakang, manakala kapasiti tangki mampu mengisi 5.5 liter petrol. Aerox 155 Connected (2021) juga memiliki ruang storan lebih besar.

Tidak lupa kawalan suis bar hendal (handle bar switch control) yang memudahkan penunggang memilih paparan informasi dan tetapan speedometer (butang tetapan terletak di hendal kiri) serta turut disediakan lampu kecemasan (hazard). Berat model ABS ialah 125kg, manakala tanpa ABS, 122kg.

Aerox 155 Connected (2021) juga dipadankan soket elektrik untuk memudahkan pemilik mengecas telefon pintar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Jiran dari Neraka Parkir Depan Rumah Kita?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Hos Brek – Kenali Material, Kesan Rosak dan Cara Servis

GALERI
YAMAHA AEROX 155 CONNECTED ABS
YAMAHA AEROX 155 CONNECTED

SUMBER: YamahaMotor.co.id

autoterkini PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) roda2 skuter sport Yamaha Aerox 155 Connected
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026

    2 Comments

    1. Saiful Mat Saad on 06/12/2020 20:03

      Agak² bila nak launch kat Malaysia..Nak ambik NVX..tau² launch yg bru ni kat indo..nampak lawa..agak² bila nk masuk malaysia?

      Reply
    2. Md shahidan bin Mohd mahayudin Keluarga pak tam on 12/12/2021 12:58

      Saye sokong motor indon saye berada dimelaysia

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.