Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Wuling Cortez (2022) Baharu Serba Canggih Lancar di Indonesia, Harga Mula RM80k!
Roda4

Wuling Cortez (2022) Baharu Serba Canggih Lancar di Indonesia, Harga Mula RM80k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WULING Motors secara rasmi melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV) baharu, Cortez yang menerima pembaharuan luaran dan dalaman, termasuk dilengkapi ciri terkini.

Antara perubahan paling ketara MPV kompak itu, yang mula memasuki pasaran Indonesia sejak 2018, ialah logo Wuling perak dan rim dwi-tona 16 inci.

HARGA

  • CE – Rp273.8 juta (RM80,570)
  • EX – Rp310.65 juta (RM91,410)

* Harga selepas subsidi dan diskaun Wuling

BACA >>> Wuling Nano EV – Kereta Elektrik Mikro Boleh Pandu 305km Sekali Cas, Harga Mula RM32k
BACA >>> Wuling Zhengtu (2021) – Trak Pikap dengan Pintu Kargo Tepi Boleh Lipat, Harga Mula RM37k

TRENKUASA

  • Dijana trenkuasa petrol 4-silinder sebaris 1,451cc Turbo DOHC DVVT berkuasa 140hp dan tork 250Nm @ 1,600rpm-3,600rpm dengan transmisi automatik CVT.
  • Ada empat mod pemanduan: Normal, Eco, Sport dan Stimulasi Manual 8-kelajuan.
  • Didatangkan dalam empat warna pilihan: Starry Black (hitam), Aurora Silver (perak gelap), Dazzling Silver (perak cerah) dan Pristine White (putih).

WIND & IoV

  • Memiliki ciri arahan suara dalam Bahasa Indonesia, dipanggil Wuling Indonesian Command (WIND) dan teknologi Internet Kenderaan (IoV).
  • Dua ciri itu sebelum ini ada ditawarkan pada model Almaz RS. Apa yang berbeza, pesaing Xpander dan Veloz itu tiada ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

  • Ciri IoV menghubungkan pemilik dengan kenderaan menerusi aplikasi MyWuling+ yang bersambung pada unit infotainmen.
  • Ada beberapa ciri boleh kawal seperti posisi kenderaan, kawalan jauh, keselamatan geo-fencing hingga kunci Bluetooth.
  • WIND adalah ciri arahan suara yang membolehkan pemandu memberi arahan kepada kenderaan dalam Bahasa Indonesia.
  • WIND juga boleh mengaktifkan beberapa menu seperti navigasi, muzik atas talian dan aplikasi mesej internet dengan hanya menyebut ‘Hello Wuling’ atau menekan butang arahan suara sebelah kiri stereng.

  • Arahan suara WIND boleh memilih empat mod penyaman udara, buka-tutup tingkap dan bumbung matahari, wiper depan, akses hiburan seperti radio atau muzik, panggilan telefon dan aplikasi.
  • Contohnya; ‘Turn on the Radio’ untuk sistem radio dan ‘I’m Overheated‘ untuk merendahkan suhu penyaman udara.
  • Ada empat mod penyaman udara: Rain, Fresh, Cool dan Sky untuk kawalan kelajuan tiupan udara, nyah kabus dan suhu penyaman udara.

BACA >>> Proton Kekal Raja SUV, MPV Malaysia Sepanjang Mac 2022

KABIN

  • Cortez juga menerima pembaharuan ruang kabin dengan kerusi semi-kulit premium dalam tona hitam dan tekstur marmar hitam.
  • Sistem infotainmen kini lebih besar, 10.25 inci (model lama, 8 inci) dengan ciri skrin sentuh.

  • Ada tambahan Sistem Bumbung Suria Elektrik (ESRS) berupa panel kaca yang boleh buka-tutup menggunakan kawalan punat khas.

  • Kerusi kini lebih ergonomik dengan dulang pelbagai guna pada kerusi barisan kedua yang boleh dijadikan meja kerja untuk meletakkan komputer riba atau makanan.
  • Tetapan tahap penyejukan atau pemanasan menjadi ciri automatik dengan paparan suhu luar bagi memastikan prestasi MPV kekal pada tahap optimum.
  • Juga dilengkapi fungsi buka tingkap, pintu but dan bumbang suria secara kawalan jauh yang boleh diaktifkan automatik menggunakan alat kawalan jauh.

BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?
BACA >>> Fakta atau Auta: Botol Air Mineral Dalam Kabin Penyebab Kereta Terbakar?

KESELAMATAN

  • Brek Parkir Elektrik (EPB)
  • Kenderaan Pegun Automatik (AVH)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Pegun Bukit (HHC)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC).
  • Butang Mula-Henti (start-stop)
  • Entri Tanpa Kunci
  • Port USB
  • Butang kawalan audio dan Bluetooth
  • Sensor depan dan belakang untuk parkir
  • ISOFIX, kunci keselamatan kanak-kanak
  • Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS)
  • Dua beg udara SRS (depan dan sisi)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Sistem Penggera, imobiliser
  • Peringatan Tali Keledar
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)

BACA >>> Kajian: Pemandu Kurang Minum Air Sama Bahaya Macam Pemandu Mabuk
BACA >>> Sejam Polis Kejar Pemandu Wanita Curi Hilux, Langgar 3 Kereta, Posmen
BACA >>> Motosikal Klon Ducati Panigale V4, Streetfighter V4, Sepantas 119kmj!

SUMBER: DapurPacu

Danang Wiratmoko Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Segmen-C MyWuling+ Roda4 Sistem Bantuan Termaju Pemandu (ADAS) Wuling Wuling Almaz RS Wuling Cortez (2022) Wuling Motors
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Denza Z9 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

    13/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.