Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Wuling Air EV (2022) Jadi Fenomena di Indonesia, 3,000 Unit Terjual dalam Masa Dua Bulan
Roda4

Wuling Air EV (2022) Jadi Fenomena di Indonesia, 3,000 Unit Terjual dalam Masa Dua Bulan

Han OthmanBy Han Othman17/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL elektrik kompak di Indonesia Wuling Air EV (2022) dilaporkan mendapat sambutan di Indonesia dengan 3,000 unit terjual dalam masa dua bulan dengan harga antara Rp200,000-Rp300,000 (RM60,880-RM91,330) yang berjaya menarik minat pengguna republik itu.

Sepanjang dua bulan pertama dilancarkan, Air EV (2022) mencatatkan jualan 2,708 unit, iaitu 1,973 unit untuk varian Long Range, dan selebihnya  varian Standard Range.

BACA >>> #Bajet2023: Gentari Sedia 500 Stesen Cas Menjelang 2024, TNB Labur RM165j untuk Fasiliti EV
BACA >>> #Bajet2023: Tiada Duti Import untuk EV Hingga 2024, Fi AP Dikecualikan

Ini bermakna varian Long Range, yang menawarkan jarak pemanduan hingga 300km mendapat jumlah jualan lebih tinggi. Tambahan lagi , varian tersebut turut Long Range juga dilengkapkan ciri lebih premium.

Angka jualan itu menjadikan Air EV (2022) sebagai model elektrik fenomena di Indonesia, mengatasi Hyundai IONIQ 5 yang terlebih dahulu diperkenalkan enam bulan lalu, tetapi masih belum melepasi jualan 1,000 unit.

Rekabentuk Air EV (2022) dikatakan menjadi faktor yang membuatkan kereta bandar elektrik itu laris di pasaran, terutama kaum hawa. Tidak kurang juga pembeli yang memilih EV Wuling itu kerana ciri dan fungsi ditawarkan.

Wuling Indonesia dikatakan melakukan kajian khas tentang majoriti pengguna kenderaan di Indonesia yang kebanyakannya memandu setiap hari hanya untuk ke pejabat atau sekolah. Justeru pengguna memerlukan kereta yang mampu membawa maksimum empat penumpang, termasuk pemandu. Purata jarak pemanduan pula adalah sekitar 50km sehari.

Apabila semua kriteria itu disusun, Air EV (2022) nyata dapat memenuhi semua keperluan berkenaan.

Berikut spesifikasi Air EV (2022):

  • Kapasiti 4 kerusi.
  • Jenis bateri litium fero-fosfat dengan rating IP67, dan kapasiti 17.3kWh/115V.
  • Masa mengecas 8.5 jam dengan pengeas arus ulang-alik (AC) 2.0kW (4 jam dengan pengeas AC 6.6kW).
  • Jarak pemanduan hingga 200km (hingga 300km untuk Long Range).
  • Mengguna motor pacu 30kW dalam pacuan roda belakang (RWD).
  • Transmisi gear undur tunggal. Stereng mulfungsi.

  • Unit infotainment skrin sentuha 10.25 inci TFT berwarna jenis apung (Long Range sahaja).
  • Kluster instrumen 7 inci TFT berwarna.
  • Dimensi panjang 2,974mm, lebar 1,505mm, dan tinggi 1,631mm, manakala jarak roda 2,010mm.
  • Sistem suspensi strut MacPherson (depan), dan spring koil 3 pautan (belakang).
  • Rim 12 inci dengan tayar 145/70 R12
  • Sistem brek cakera di depan dan brek dram di belakang.
  • Ciri stereng kuasa elektrik (EPS) , 2 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABD) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), pautan kerusi kanak-kanaka ISOFIX, kameran dan sensor parkir belakang, cermin sisi boleh lipat elektrik, port USB dan soket kuasa 12V
  • Varian Long Range mendapat ciri penghidup tanpa kunci dan sistem mula pintar, lampu utama dan lampu belakang kombi LED, brek cakera belakang, kluster instrumen 10.25 inci, lampu siang (DRL) LED

BACA >>> Wuling Cortez (2022) Baharu Serba Canggih Lancar di Indonesia, Harga Mula RM80k!
BACA >>> Wuling Xing Chi (2023) Lancar di China, Bakal Cabar Honda HR-V, Harga Mula RM36k

Auto Terkini Indonesia Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Wuling Air EV Wuling Indonesia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.