Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»WorldSBK Indonesia Mungkin Dihentikan, Catat Kerugian Cecah RM30j
Auto Terkini

WorldSBK Indonesia Mungkin Dihentikan, Catat Kerugian Cecah RM30j

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize04/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PUSINGAN perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) yang diadakan di Litar Mandalika, Indonesia sejak 2021 berisiko dihentikan apabila mencatatkan kerugian besar hingga Rp100 bilion (RM30 juta), menurut CNN Indonesia.

Presiden InJourney, Dony Oskaria berkata, syarikatnya sedang berunding menghentikan perlumbaan WorldSBK akibat kerugian ditanggung disebabkan kekurangan penaja. InJourney ialah syarikat pelancongan milik Kerajaan Indonesia.

Bukan hanya WorldSBK, malah MotoGP Indonesia juga tidak menguntungkan untuk InJourney dengan nilai kerugian separuh daripada WorldSBK, Rp50 bilion.

Bagaimanapun, Dony percaya tidak mustahil mencari penaja yang cukup untuk merapatkan jurang antara kos operasi dan pendapatan penajaan untuk perlumbaan MotoGP di Mandalika.

Sekatan kewangan dihadapi itu adalah sebahagian daripada hutang litar berjumlah Rp4.6 trilion (RM1.4 bilion).

Malah, Litar Mandalika juga berdepan isu permukaan trek bermasalah. Pada ujian pramusim 2022, trek litar tersebut didapati rosak di beberapa tempat hingga perlu dibaik pulih sebelum Grand Prix (GP) diadakan.

Isu lain dibangkitkan adalah tahap kebersihan trek dengan garis lumba (racing line) menjadi sangat sempit, sukar memotong, dan mudah tersasar dari garis yang berisiko besar kemalangan seperti nahas menimpa Alvaro Bautista dalam Perlumbaan Superpole 2023 di Mandalika.

Kejohanan WorldSBK 2023 akan diteruskan hujung minggu ini dengan pusingan GP Britain di Donington Park, manakala MotoGP 2023 akan menuju ke Mandalika untuk GP Indonesia pada 13-15 Oktober ini.

BACA >>> Toprak Kemungkinan Besar Pilih BMW untuk Saingan WorldSBK 2024
BACA >>> Tar Sampai Masuk dalam Sut Lumba, Kualiti Trek Litar Mandalika Membimbangkan

SUMBER: CNN Indonesia

Auto Terkini Dony Oskaria Indonesia InJourney Litar Antarabangsa Mandalika MotoGP MotoGP 2023 sukan permotoran WorldSBK WorldSBK 2023
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.