• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tar Sampai Masuk dalam Sut Lumba, Kualiti Trek Litar Mandalika Membimbangkan

Tar Sampai Masuk dalam Sut Lumba, Kualiti Trek Litar Mandalika Membimbangkan

March 24, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOPIK perbualan mengenai Litar Mandalika, Indonesia masih hangat diperkatakan walaupun pusingan kedua Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 sudah berakhir.

Bermula sesi pramusim yang menyaksikan tar mudah tanggal, diikuti isu tanah penduduk yang belum langsai, dan beralih pula kepada pawang Rara yang melakukan ritual pelik ‘menghentikan’ hujan lebat.

BACA >>> #TahukahAnda: Rara Terima Bayaran Lima Angka Sepanjang GP Mandalika 2022

Rata-rata pelumba beraksi dalam cuaca hujan dengan tayar motosikal menolak keluar air dari permukaan trek hingga saingan ditamatkan. Malah perlumbaan terpaksa ditamatkan lebih awal bukan disebabkan faktor hujan semakin lebat.

Beberapa penunggang memuat naik foto di media sosial untuk menunjukkan serpihan tar melekat pada dada masing-masing. Sebenarnya, trek itu baru selesai diturap berikutan masalah tar tertanggal dari permukaan litar.

Inilah punca pihak penganjur memilih menamatkan perlumbaan awal walaupun masih berbaki tujuh lap lagi. Mungkin juga disebabkan aksi pembukaan lebih lewat akibat hujan lebat.

BACA >>> SIC Kekal dalam Kalendar MotoGP Hingga 2024, Petronas Jadi Penaja Utama GP Malaysia

Anyone wants a souvenir from the #IndonesianGP? 🤪 Pieces of asphalt from the track! 🤯 / Alguien quiere un souvenir de #Mandalika? Pedazos de asfalto de la pista 🤯 pic.twitter.com/gldeUxItFt

— Alex Rins (@Rins42) March 20, 2022

Permukaan litar sebenarnya sudah dibaik pulih selepas sesi ujian pramusim, tetapi kadar kerosakan selepas perlumbaan sebenar didakwa lebih teruk. Kejadian itu menimbulkan kebimbangan terhadap aspek prestasi dan daya tahan permukaan trek untuk perlumbaan lain yang berlangsung.

Faktor hujan sukar dielakkan di rantau Asean dan bukan penyebab sepenuhnya kejadian tar tertanggal. Cumanya, permukaan trek kini menjadi satu masalah besar. Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) akan diadakan di Litar Mandalika, November ini. Apa nasibnya?

Jika jentera ringan Moto2, Moto3 dan MotoGP boleh menyebabkan permukaan tertanggal, bayangkan apa akan terjadi jika jentera superbike yang lebih berat dan grid lumba lebih luas digunakan pada trek kontroversi itu. Khabarnya, pihak Litar Mandalika akan memulakan kerja penurapan semula permukaan trek dan ramai meletakkan harapan tugas kali ini akan dibuat sebaik mungkin.

BACA >>> Isu Permukaan Trek Litar Mandalika Selesai, Tiada Masalah Tunggang Sepantas 330kmj
BACA >>> Lepas Kena Tegur, ITDC Segara Mulakan Kerja Turap Balik Litar Mandalika
BACA >>> Ambil Tanah Buat Litar Mandalika, Penduduk Kecewa Hutang Belum Langsai

SUMBER: VisorDown

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2022 MotoGP, Auto Terkini, GP Indonesia, GP Mandalika, Isu Trek Mandalika, Litar Mandalika, MotoGP 2022, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev