Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Widad Betul-Betul Nak Beli PLUS, Naikkan Tawaran RM5.3 Bilion!
Auto Terkini

Widad Betul-Betul Nak Beli PLUS, Naikkan Tawaran RM5.3 Bilion!

Han OthmanBy Han Othman30/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WIDAD Business Group Sdn Bhd (WBG) menaikkan jumlah tawaran kepada PLUS Expressway Bhd sebanyak RM5.3 bilion dengan cadangan menguasai 100 peratus kepentingan ekuiti ke atas pengendali lebuh raya itu.

Berikut apa ditawarkan WBG kepada Kementerian Kerja Raya menerusi Pengerusi Eksekutif Kumpulan WBG, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah:

  • RM5.3 bilion – pertimbangan tunai
  • RM3.038 bilion – pengecualian pampasan
  • RM30 bilion – andaian hutang
  • JUMLAH: RM38.338 bilion

Menurutnya, semakan semula tawaran itu termasuk dua lagi tambahan klausa iaitu pengecualian RM11 bilion sukuk yang dijamin Kerajaan dan pilihan Kerajaan untuk membeli semula PLUS selepas 10 tahun berdasarkan nilai pasaran.

TAWARAN KALI KEDUA

Pada 9 Oktober lalu, WBG membuat cadangan awal kepada Kerajaan untuk membeli konsesi PLUS dengan mengambil alih 51 peratus kepentingan dimiliki Khazanah Malaysia Bhd pada nilai pertimbangan tunai RM1.5 bilion atau mengambil alih 100 peratus konsesi yang dimiliki Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada pertimbangan tunai RM3 bilion.

BACA >>> Inilah yang Widad Business Group Tawar Jika Dapat Beli PLUS

Nilai RM38.338 bilion termasuk hutang itu adalah jumlah tertinggi ditawarkan sektor swasta setakat ini. Selain WBG,  Kerajaan turut mendapat tawaran pengambilalihan PLUS daripada Maju Holdings Sdn Bhd (RM34.9 bilion) termasuk hutang, RRJ Capital (RM3.5 bilion) dan Tan Sri Halim Saad (RM5.2 bilion).

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa Kerajaan belum mendapat tawaran menarik untuk PLUS. Selepas membuat pertimbangan, Kerajaan memutuskan meningkatkan tawaran supaya dapat menjadi cerminan prospek lebih baik kepada PLUS.

Ini termasuk mensasarkan rancangan pengambilalihan itu dapat membantu mengurangkan beban kewangan Kerajaan selain membantu menjimatkan dan menyenangkan pengguna PLUS

BACA >>> RRJ Bersungguh Mahu Beli PLUS, Tawar RM3.5b dan Diskaun Tol Hingga 40 Peratus!

APA WBG TAWARKAN KEPADA PENGGUNA?

Muhammad Ikmal berkata, dalam cadangan dihantar kepada Kementerian Kewangan, WBG menyenaraikan beberapa komitmen untuk pengambilalihan PLUS. Antaranya:

  • Diskaun tol 25-40 peratus, atau 18 peratus secara langsung.
  • Pengurangan baki 7-22 peratus akan disalurkan kepada Kerajaan untuk tujuan kebajikan kumpulan sasar.
  • Diskaun tol 50 peratus untuk perayaan utama di Malaysia seperti Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Menurut beliau, WBG komited untuk mengambil alih PLUS dalam usaha mengurangkan beban kewangan Kerajaan sebagaimana dikecualikan daripada membayar pampasan tol pada masa depan menerusi pelepasan Jaminan Sukuk bernilai RM11 bilion dan pinjaman masa depan PLUS lain.

WBG juga akan menaik taraf kemudahan PLUS sedia ada dengan:

  • Penggunaan teknologi kepintaran buatan (AI) untuk meningkatkan kelancaran dan pengurusan trafik
  • Menaik taraf kemudahan sedia ada.
  • Membangunkan pusat mesra keluarga, outlet beli-belah, pusat perniagaan dan hab hiburan sepanjang hentian antara bandar.
  • Memperkenalkan beberapa projek atau kerja untuk manfaat lebih besar kepada kontraktor, pembekal dan penyedia perkhidmatan tempatan

Muhammad Ikmal berkata, WBG memiliki rekod pencapaian membanggakan selama lebih 20 tahun dalam industri dengan menyiapkan projek awam dan swasta termasuk perkhidmatan fasiliti dan pengurusan di Istana Negara dan JB Sentral bernilai lebih RM2 bilion.

SIAPA WBG?

WBG ialah konglomerat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu yang menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 1,500 orang seluruh negara. WBG menguasai 65 peratus Widad Group Berhad dan 63 peratus Dataprep Holdings Bhd, yang kedua-duanya disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

Diperbadankan pada 2001, WBG memenuhi segala keperluan sebagai kontraktor Bumiputra berkaliber dan berkembang pesat meluaskan aktiviti perniagaan menerusi pengurusan fasiliti bersepadu, pembinaan, penyelenggaraan dan operasi, perkhidmatan elektrikal dan mekanikal, sistem automasi bangunan, pengurusan tenaga, pembangunan hartanah, pendidikan, perkhidmatan ICT, media dan hospitaliti.

Auto Terkini Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) PLUS PLUS Expressway Bhd Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah Tun Dr. Mahathir Mohamad WBG Widad Business Group Widad Group
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.