Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volvo XC90 Armoured – SUV Edisi Khas yang Tahan Letupan Balistik
Roda4

Volvo XC90 Armoured – SUV Edisi Khas yang Tahan Letupan Balistik

Abang HirataBy Abang Hirata28/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KONVOI orang kenamaan biasanya melibatkan beberapa unit kenderaan keselamatan. Di negara kita kenderaan pengiring dan keselamatan yang lazim digunakan ialah jenama Volvo atau lebih spesifik model XC90.

XC90 dipilih kerana kenderaan utiliti sukan (SUV) itu terbukti selamat menerusi ujian pelanggaran Euro NCAP dengan meraih rating 5 bintang penuh pada 2015.

Sebenarnyan, ada juga kenderaan lain meraih rating sama, tetapi apa yang istimewa tentang XC90 ialah SUV ini memperoleh skor 97 dan 94 mata daripada 100 mata penuh dalam perlindungan penumpang dewasa dan bantuan keselamatan. Maksudnya, rating 5 bintang dengan skor hampir sempurna!

BACA >>> Volvo Tambah Varian XC90 Mild-Hybrid B, Lebih Jimat Minyak Hingga 15 Peratus

Jadi, bagaimanakah pula untuk pelanggan yang mahu mendapatkan ciri perlindungan yang jauh lebih tinggi daripada itu? Misalnya perlindungan daripada letupan dan balistik? Adakah pelanggan jenis ini bergurau? Tidak.

EDISI KHAS UNTUK PELANGGAN ISTIMEWA

Volvo Cars kini mempunyai jawapan untuk jenis pelanggan tersebut dengan memperkenalkan model istimewa dpanggil XC90 Armoured. Menariknya, permintaan itu dibuat daripada pelanggan sendiri yang mahukan pengeluar itu membina XC90 berperisai.

Volvo Cars memang mempunyai pengalaman luas dalam bidang keselamatan seperti membangunkan kereta polis, trak bomba dan pelbagai kenderaan khas lain dengan keperluan tersendiri. Malah, kereta polis pertama diserahkan Volvo ialah seawal 1929.

Pengarah Pemasaran Kenderaan Istimewa Volvo Cars, Stephan Green berkata, XC90 Armoured (heavy) mempunyai piawaian perlindungan dengan rating VR8* (VPAM BRV 2009/ERV 2010) yang dapat memberikan perlindungan tahap tinggi.

Projek membangunkan sebuah kereta dengan rating keselamatan VPAM VR8 sudah bermula lebih dua tahun lalu. Kereta piawaian VPAM VR8 itu memiliki kemampuan ketahanan balistik secara 360º selain kalis letupan.

Varian edisi berperisai ini ialah XC90 T6 AWD Inscription yang dikeluarkan di kilang Torslanda, Sweden. Model XC90 dipilih kerana memiliki saiz dan karakter paling sesuai untuk dijadikan kenderaan dengan fungsi khas tersebut.

Dari kilang Torslanda, kereta berkenaan dihantar ke TRASCO Bremen GmbH, Jerman iaitu syarikat yang memiliki kepakaran bertahun-tahun dalam pembinaan kereta berkualiti dengan rating perlindungan tinggi. Perisai besi kekuatan tinggi yang digunakan mempunyai ketebalan 10mm, manakala ketebalan cermin menjangkau 50mm.

Hasilnya, berat XC90 bertambah begitu ketara kepada 4,490kg (termasuk 5 penumpang dewasa), iaitu penambahan kira-kira 1,400kg akan 1.4 tan! Bagi menampung berat tersebut, XC90 Armoured dipasangkan suspensi dinaik taraf dan brek baharu.

BACA >>> #MCVE2019: Volvo Trucks Tawar Manfaat Pampasan Jika Trak Tersadai Lama di Bengkel

VERSI RINGAN

Selain versi berat (heavy), Volvo Cars turut membangunkan sebuah lagi kereta berperisai versi ringan aka light untuk XC60 T6 AWD Inscription atau XC90 T6 AWD Inscription. Versi ringan ini dibina khas untuk pelanggan yang mahukan kenderaan dengan ekstra perlindungan disebabkan risiko geografik atau peningkatan ancaman peribadi.

Pasaran untuk kereta perlindungan tinggi biasanya terdiri daripada perkhidmatan keselamatan, polis, misi diplomatik dan pelanggan persendirian. Berbanding versi heavy yang dihantar ke Jerman, versi light dipasangkan di Brazil kerana mempunyai banyak permintaan untuk kenderaan jenis ini selain pengalaman dalam pembinaan kenderaan jenis itu. Versi ini turut disasarkan ke pasaran Amerika Latin dan Eropah.

Berbanding Heavy, versi Light menawarkan perlindungan lebih ringan. Tempahan Volvo XC90 Armoured (heavy) sudah bermula dengan penghantaran dibuat hujung tahun ini. Jualan versi Light pula dijadualkan bermula pada penggal tahun pertama 2020.

XC90 Armoured memang sebuah jentera yang hebat dan bagus serta mungkin boleh diibaratkan seperti Volvo kuasa dua!


* Nota

  • VPAM – Vereinigung der Prüfstellen für angriffshemmende Materialien und Konstruktionen
  • BRV 2009 – Standard untuk ketahanan ujian balistik
  • ERV 2010 – Standard untuk ujian ketahana letupan
  • VR8 – Rating yang menunjukkan tahap ketahanan sesebuah kereta

BACA >>> Tiga Ketua Pereka Hebat Ini Cetuskan Kebangkitan Volvo ke Persada Dunia

GALERI

 

Volvo Volvo Cars Volvo XC90 Armoured
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.