• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MCVE2019: Volvo Trucks Tawar Manfaat Pampasan Jika Trak Tersadai Lama di Bengkel

#MCVE2019: Volvo Trucks Tawar Manfaat Pampasan Jika Trak Tersadai Lama di Bengkel

June 21, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLVO Trucks Malaysia (Volvo) meningkatkan penanda aras dalam perkhidmatan pelanggan menerusi pelancaran 'Uptime Promise', iaitu tambahan baharu dalam Gold Service Agreement untuk sokongan selepas jualan.

Uptime Promise ialah program unik yang menawarkan pampasan kewangan kepada pelanggan jika trak mengalami kerosakan melepasi tempoh  dijanjikan Volvo Trucks untuk kembali berada atas jalan.

Program berorientasikan pelanggan ini adalah pertama seumpamanya ditawarkan di pasaran dan menjadi sebahagian usaha meningkatkan tahap kepuasan pelanggan bersama Volvo Trucks.

Selain pampasan kewangan, pakej itu turut menawarkan manfaat lain seperti baik pulih selamat dan boleh dipercayai daripada juruteknik Volvo terlatih, mengurangkan pembaziran masa dan pendapatan, dan memaksimumkan tempoh operasi trak.

BACA >>> Aplikasi Dynafleet Volvo Didik Pemandu Trak

Volvo Trak Uptime Promise_3
Volvo Trak Uptime Promise_5

Pelanggan yang melanggan Volvo Trucks Gold Service Agreement kini layak menikmati manfaat Uptime Promise secara automatik dengan tawaran pampasan RM300 sehari untuk sebarang kerosakan melebihi 12 jam bermula panggilan kepada talian hotline Pusat Khidmat Pelanggan Volvo.

Volvo Trucks turut memperkenalkan Pakej Keselamatan Aktif, iaitu ciri keselamatan termaju dan inovatif bagi membantu pemandu trak mengekalkan fokus memandu dalam kondisi trafik yang cepat berubah.

BACA >>> 10 Auto Show Paling Prestij, Jadi Tumpuan Nama Besar Pengeluar Automotif Dunia

Pakej Keselamatan Aktif itu terdiri daripada:

  • Stereng Dinamik Volvo (VDS): Bantuan kestabilan membolehkan sensor trak memantau kelajuan trak dan mengaktifkan sistem untuk membantu pemandu menstabilkan kenderaan jika mengesan kemungkinan trak tergelincir.
  • Monitor Sokongan: Menawarkan pandangan visual jelas di bahagian belakang trak ketika mengundur atau memasang treler.
  • Sokongan Kekal Lorong (LKS): Memberi amaran kepada pemandu apabila trak melencong dari garis jalan secara tidak sengaja.
  • Sokongan Amaran Pemandu (DAS): Pakej tambahan kepada ciri LKS. Jika pemandu menunjukan tanda-tanda tidak fokus ketika memandu, sistem akan mengaktifkan amaran secara audio-visual.
  • Bantuan Tukar Lorong (LDA): Membantu menghalang kemalangan ketika menukar laluan jalan. Apabila isyarat membelok diaktifkan, sistem akan memberi amaran kepada pemandu jika ada kenderaan dalam kawasan titik buta.
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC): Sistem amaran pelanggaran dan brek kecemasan akan berfungsi bagi memastikan trak berada dalam jarak selamat dengan kenderaan depan. Pemandu akan menerima amaran jika jarak dengan kenderaan depan didapati berbahaya. Brek kecemasan akan diaktifkan apabila tiada sebarang reaksi daripada pemandu.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2019, trak Volvo, Uptime Promise Volvo Truck, Volvo, VOLVO Trucks Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Zeekr 001 Lancar di China, 536hp dan Sekali Cas Boleh Cecah 700km!
    Zeekr 001 Lancar di China, 536hp dan Sekali Cas Boleh Cecah 700km!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my