Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Volvo Malaysia Perkenal Pelitup Muka Motif Batik
Aksesori

Volvo Malaysia Perkenal Pelitup Muka Motif Batik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

VOLVO Car Malaysia (VCM) menjalinkan kerjasama dengan Three Little Ahmads dan Nano Textile untuk menghasilkan koleksi pelitup muka anti-mikrob guna semula, iaitu Volvo Batik Reusable Facemask.

Selain bermanfaat mencegah penukaran wabak Covid-19, pelitup muka itu juga mampu memberi manfaat kepada manusia, alam sekitar dan warisan kebudayaan tempatan.

Berikut ringkasan fakta pelitup muka guna semula Volvo Batik Reusable Facemask:

  • Alternatif kepada pelitup muka pakai buang yang membantu mengurangkan sisa buangan yang mencemarkan alam sekitar.
  • Membantu ekonomi golongan setempat dan mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan membuka peluang pekerjaan baharu serta sumber pendapatan.
  • Mempromosikan semula konsep seni dan warisan batik 
Siapa Pembuat Pelitup Muka Guna Semula Volvo Batik?

Pelitup muka Volvo ini adalah produk buatan Three Little Ahmads, iaitu pengusaha jenama pakaian kanak-kanak dan perusahaan sosial di Malaysia.

  • Volvo Batik Reusable Facemask dijahit golongan ibu tunggal, wanita luar bandar dan alumni vokasional GiatMara yang hilang pekerjaan akibat penutupan kilang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020.
  • Golongan itu akan menerima imbuhan setimpal daripada hasil pendapatan stabil untuk menyara kehidupan diri dan keluarga.
  • Keuntungan diterima itu juga membolehkan mereka menebus balik barangan kemas yang terpaksa digadai demi kelangsungan hidup.

BACA >>> Yamaha Jepun Kongsi Cara Buat Pelitup Muka Gaya YZF-R1M

Kenapa Volvo Batik Reusable Facemask Unik?

Pengasas dan Pereka Fesyen di Three Little Ahmads, Datin Azrene Ahmad berkata, corak bunga pada pelitup muka jenis fabrik itu jarang ditemui pada produk batik tradisional.

Berikut fakta dijelaskan Azrene mengenai Volvo Batik Reusable Facemask:

  • Ada tiga jenis bunga: matahari, lili dan melati dengan konsep Batik Tekap.
  • Direka teliti dan dicantum secara manual menggunakan tangan.
  • Diperbuat daripada kain kapas 100 peratus.
  • Jenis antibakteria, kalis air dan beri perlindungan terhadap bakteria serta virus.
  • Mampu tahan hingga 100 kali cucian lembut.

Apa Kaitan NanoTextile?

Syarikat yang membekalkan material antibakteria berasaskan teknologi nano ialah NanoTextile. Berikut kelebihan material tersebut:

  • Teknologi nano mengurangkan penembusan titisan tercemar.
  • Mencegah kemungkinan berlaku jangkitan virus atau bakteria pada fabrik.
  • Ada tambahan penuras PM2.5 yang menjadi lapisan perlindungan kelima pada pelitup muka guna semula Volvo.
  • Hasil ujian menunjukkan pelitup muka ini berkesan menapis 90 peratus partikel virus.
Harga, Boleh Beli di Mana?
  • Volvo Batik Reusable Facemask didatangkan dalam satu pek dengan tiga helai pelitup muka. Ada dua saiz boleh dipilih, sederhana dan besar.
  • Setiap set ada tiga variasi warna, iaitu Biru Tua (bunga matahari), Biru Kelasi (lili) dan Biru Langit (melati).
  • Harga setiap set RM99 dan boleh dibeli menerusi pengedar Volvo seluruh negara.

BACA >>> Ford Hasilkan Pelitup Muka Lut Sinar yang Boleh Nampak Senyuman
BACA >>> Proton X70 (2020) Akan Guna Penapis Kabin N95
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19

aksesori Datin Azrene Ahmad Nano Textile Pelitup muka batik Volvo Three Little Ahmads Volvo Volvo Batik Reusable Facemask Volvo Car Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Kilang tayar Continental di Rayong, Thailand
    Aksesori

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.