Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volvo EM90 (2024) – MPV EV dengan Ciri Ruang Tamu Bergerak, Jarak Pandu Lebih 700km!
Roda4

Volvo EM90 (2024) – MPV EV dengan Ciri Ruang Tamu Bergerak, Jarak Pandu Lebih 700km!

Abang HirataBy Abang Hirata23/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA sangka, Volvo mengeluarkan kenderaan pelbagai guna (MPV), dipanggil Volvo EM90 (2024). Ini agak janggal kerana pengeluar kereta mewah Eropah tidak menumpukan segmen itu kecuali Mercedes-Benz.

Jenama mewah Eropah biasanya menumpukan kepada kenderaan utiliti sukan (SUV), seperti Volvo sendiri yang terkenal dengan XC90.

Volvo pada November 2022 pernah memperkenalkan SUV elektrik tiga baris tempat duduk Volvo EX90, dan turutan nama kedua-dua model itu juga menarik kerana menggunakan angka 90.

Dari segi sejarah, Volvo bukan asing dengan kenderaan famili, misalnya Duett yang dibangunkan khas sebagai kereta versatil yang luas puluhan tahun dulu, atau lebih tepat pada 1953.

Memandangkan Volvo ada hubungan rapat dengan pasaran China, langkah terbaharu itu dilihat munasabah. Tambahan pula EM90 dijenamakan semula daripada Zeekr 009 (foto atas).

Walaupun asal bukan sebuah Volvo, Volvo EM90 (2024) sarat dengan gaya Skandinavia dan memang direka sebagai kenderaan dengan ruang tamu bergerak.

Dari depan, EM90 adalah lanjutan kepada model baharu Volvo. Paling jelas dapat dilihat pada lampu utama bentuk tukul.

Panel depan juga menarik dengan logo bercahaya yang pertama seumpamanya untuk sebuah Volvo. Bahagian itu diilhamkan daripada pencakar langit dan seni canggih mengasyikkan.

Bahagian belakang juga membawa identiti Volvo melalui lampu menegak yang dipengaruhi latar langit bandar moden dengan palang melintang mewakili garis ufuk.

Bentuk berkotak tidak bermakna ciri aerodinamik diabaikan. Misalnya, rim aero 19 inci atau 20 inci ditawarkan turut membantu mengoptimum jarak pemanduan. Volvo EM90 dibekalkan bateri 116kWj dan boleh dipandu hingga 738km (kitaran CLTC). Tempoh pengecasan 10-80 peratus dianggarkan bawah 30 minit.

Motor elektrik mempunyai kuasa 200kW, manakala pecutan 0-100kmj memerlukan masa 8.3 saat.

Sama seperti EX90, Volvo EM90 dilengkapi ciri untuk membolehkan pengecasan dua arah. Fungsi tersebut menjadikan MPV tersebut sebagai bank kuasa untuk mengecas EV lain, termasuk perkakasan elektrik.

Dari segi keselamatan, EM90 adalah tipikal kenderaan Volvo yang dilengkapi pelbagai sensor seperti kamera definisi tinggi (HD), kamera pandangan keliling 360º, radar gelombang milimeter dan radar ultrasonik.

Sebagai EV tanpa enjin yang mana bunyian luar boleh menganggu, Volvo EM90 dilengkapi penebat bunyi bermutu tinggi dan teknologi pembatalan bunyi jalan raya.

Suspensi udara dua kebuk dan tayar jenis senyap turut membantu ketenteraman pemanduan. Halwa telinga disajikan 21 pembesar suara Bowers & Wilkins, ibarat dewan muzik bergerak.

Sistem digital juga hebat dengan pemproses Snapdragon Cockpit Platforms daripada Qualcomm Technologies dan sambungan WiFi 5G.

Skrin unit infotainment bersaiz 15.4 inci, dan penumpang turut disediakan skrin siling bersaiz 15.6 inci untuk hiburan bersama keluarga atau bermesyuarat yang disambungkan dengan kamera.

Skrin itu juga boleh memancarkan tayangan dari telefon pintar dan memainkan aplikasi pihak ketiga. Satu lagi ciri menarik adalah butang kawalan atau arahan suara, ruang kabinEM90 boleh ditukar menjadi bilik sinema, bilik mesyuarat atau bilik tidur.

Skrin, kerusi, tingkap, penyaman udara dan pencahayaan akan dilaraskan mengikut keadaan. Selain kaedah biasa, Volvo EM90 boleh menggunakan kunci digital dan fungsi kawalan jauh melalui aplikasi Volvo Cars.

Volvo memaklumkan EM90 terlebih dahulu memasuki pasaran China dan tidak sekadar membaca berita atau menatap gambar, pengguna di sana sudahpun boleh membuat tempahan awal. Bagaimana pula pasaran lain seperti Asean yang memang lubuk MPV mewah.

Namun beberapa negara utama memerlukan model pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti Maxus MIFA 9 di Thailand, Singapura, Indonesia dan Malaysia.

BACA >>> #PanduUji: Volvo XC60 Recharge T8 Ultimate, SUV Paling Ngam Sebelum EV Penuh!
BACA >>> Volvo Guna Radar untuk Kesan Kanak-Kanak Tertinggal dalam Kereta

EV Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Roda4 Volvo Volvo EM90 Volvo EM90 (2024)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.