Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Volvo XC60 Recharge T8 Ultimate, SUV Paling Ngam Sebelum EV Penuh!
Pandu Uji

#PanduUji: Volvo XC60 Recharge T8 Ultimate, SUV Paling Ngam Sebelum EV Penuh!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize21/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAYA diberi peluang memandu uji Volvo XC60 Recharge T8 Ultime, iaitu model kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan mewah 5-kerusi versi hibrid plug-in (PHEV) yang dijual di Malaysia pada harga RM355,888.

Berdasarkan pemerhatian, berikut beberapa perkara menarik dan kurang menarik mengenai Volvo XC60 Recharge T8 Ultime:

Apa yang Best?

  • Pilihan tepat sebelum beralih kepada  kenderaan elektrik (EV) penuh.
  • Kabin mewah dan selesa.
  • Sistem bunyi premium Bowers & Wilkins.
  • Prestasi enjin dan motor elektrik mengagumkan.

Apa Tak Best?

  • Rim kurang cantik.
  • Masih guna sambungan kabel untuk konektiviti Apple CarPlay, dan tiada ciri Android Auto.
  • Tiada fungsi suspensi udara (air-suspension) seperti Volvo XC90.

REVIU PENUH

Volvo XC60 PHEV dipandu uji ini adalah antara SUV mewah paling sesuai sebagai pilihan selamat buat mereka yang mahu berjinak dengan kereta elektrik, tetapi pada masa sama masih kurang bersedia bergantung sepenuhnya kepada EV sebagai kereta harian.

Dengan bateri kapasiti 18.8kWh, Volvo mendakwa SUV ini mampu mencapai jarak pemanduan hingga 81km, tetapi ujian dilakukan mendapati jarak dicapai adalah sekitar 60km jika dicas penuh.

Tempoh mengecas menggunakan soket rumah mengambil masa sekitar enam jam dan sudah memadai ditinggalkan semalaman untuk dicas penuh. Jika perjalanan kurang 60km setiap hari, silap haribulan, setahun kita tak payah isi minyak.

Rupa luaran SUV Volvo ini tampil lebih agresif dengan gaya R-Design yang lebih sporty berbanding model terdahulu. Walaupun rekaan gril bersegi agak tradisional, manakala rupa belakang lebih garang, tetapi rekaan rim dwi-tona 19 inci kali ini kurang memuaskan dan nampak murahan.

Keselesaan kabin mengetengahkan rekaan kerusi selesa dengan pad bahagian peha pada kerusi depan boleh laras elektrik walaupun tidak disediakan fungsi ventilasi atau pemanas.

Apabila kerusi selesa dipadankan stereng dengan aneka punta ringan dan perehat lengan luas, pemandu boleh memandu selesa tanpa risau terlepas simpang kerana ada ciri Google Maps dipaparkan pada kluster instrumen di depan pemandu.

Sistem bunyi premium Bowers & Wilkins memberikan fiil muzik mengagumkan tanpa merosakkan efek bunyi sebenar sesebuah lagu. Lagi kuat lagu dimainkan, makin sedap pula bunyi dilontarkan. Memang syahdu beb!

Bagaimanapun, proses menyambung telefon pintar kepada sistem infotainmen menerusi aplikasi Apple CarPlay agak melecehkan kerana masih menggunakan kabel. Sepatutnya kereta semewah Volvo sudah menyediakan konektiviti wayarles.

Ini kerana kehadiran kabel itu sedikit sebanyak membuatkan bahagian konsol tengah nampak kusut dan tidak kemas, melainkan kita sorokkan telefon dan kabel di ruang bawah perehat tangan.

Sebagai SUV PHEV, prestasi dihasilkan bukan calang-calang, yang mana kombinasi enjin 4-silinder 2.0L dengan motor elektrik menghasilkan output kuasa 460hp (462ps) dan tork 709Nm yang boleh dianggap lebih daripada cukup hingga mampu memecut 0-100kmj sepantas 4.8 saat sahaja.

Bagaimanapun, daya pecutan tinggi ini dihadkan setakat 180kmj sahaja atas sebab keselamatan.

Walaupun memiliki tork tinggi, tetapi respons pedal agak selari dan mudah dikawal. Daya tork tinggi memberikan pecutan lancar yang memudahkan saya memintas kenderaan lain yang sedang bergerak seperti siput di depan.

Walaupun pengalaman pandu uji ini sangat selesa, tetapi tahap keselesaan itu boleh ditambah lagi dengan kehadiran sistem air-suspension seperti yang ada pada Volvo XC90 di Malaysia. Bagaimanapun, XC60 PHEV ini tiada sistem tersebut, cuma model Eropah, tetapi sebagai opsyen tambahan dan bukan ciri standard.

Kesimpulannya, pada harga RM355,888, apa yang ditawarkan Volvo XC60 PHEV ini dianggap memadai jika dibandingan pesaing dalam segmen sama sebagai SUV mewah saiz-pertengahan 5-kerusi.

Jika ada bajet dan sedang berkira-kira mahu memiliki kenderaan mesra alam, Volvo XC60 PHEV ini adalah pilihan tepat sebelum beralih kepada model EV penuh tanpa perlu peningkan kepala risaukan hal mencari stesen cas yang masih belum cukup banyak di Malaysia.

Bermula 1 Julai hingga 30 September 2023, pelanggan yang membeli kereta hibrid elektrik Volvo baharu layak mendapat insurans kereta percuma untuk tahun pertama dan VSP (Pelan Perkhidmatan Volvo 5 tahun) bernilai hampir RM20,000. VSP ialah pakej perkhidmatan kereta komprehensif yang meliputi lima perkhidmatan kereta pertama anda termasuk barangan haus dan lusuh serta kos buruh serta pengemaskinian perisian percuma.

BACA >>> Volvo Malaysia Labur RM3.14j untuk Capai Karbon Neutral Menjelang 2050
BACA >>> Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!

Pandu uji Roda4 SUV VCM Volvo Cars Malaysia Volvo XC60 Recharge T8 Ultimate Volvo XC60 T8
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.