Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volvo Cars Jual 340k Unit Kereta Sepanjang Penggal Pertama 2019, XC60 Paling Laris
Auto Terkini

Volvo Cars Jual 340k Unit Kereta Sepanjang Penggal Pertama 2019, XC60 Paling Laris

Abang HirataBy Abang Hirata24/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUN ini boleh dianggap sebagai detik gemilang buat Volvo Cars apabila jualan peringkat global pengeluar dari Sweden itu mencatatkan prestasi  terbaik, dengan jualan 340,826 unit sepanjang penggal pertama 2019, meningkat 7.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu (317,639 unit).

Pasaran utama seperti China, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah mencatatkan pertumbuhan mantap untuk tempoh enam bulan. Pasaran China sahaja merekodkan jualan terbaik pada Jun lalu dan sepanjang 6 bulan tahun ini.

Dalam tempoh ini juga, Volvo berkembang secara konsisten dan lebih pantas berbanding jenama premium lain, sekali gus memperoleh pegangan pasaran di pasaran tersebut. Malah, rancangan Volvo untuk memberikan fokus kepada segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) memberikan pulangan baik berdasarkan banyak permintaan diterima.

BACA >>> #RetroAuto: Volvo Rintis Penanda Aras Keselamatan Automobil Antarabangsa

XC60 PALING LARIS

Volvo XC60 (2019)

Model paling laris ialah XC60, disusuli XC40 dan XC90. Model terkini seperti wagon V60 dan sedan S60 buatan AS turut menyumbang kepada peningkatan jualan.

Pada Jun lalu, Volvo Cars menjual 62,775 unit kenderaan, jatuh 2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Penurunan itu banyak dipengaruhi jualan pasaran Eropah berikutan penyusutan 9 peratus kepada 30,234 unit.

Pasaran negara asal Volvo sendiri, Sweden jatuh agak ketara, sebanyak 41.7 peratus kepada 5,762 unit. Jualan di Sweden, yang juga pasaran terbesar Volvo di Eropah, menyusut disebabkan cukai emisi, dikenali sebagai ‘Bonus Malus’ yang baru dilaksanakan.

Walaupun jualan merudum, prestasi keseluruhan di Eropah kekal baik dengan pertumbuhan sebanyak 6 peratus. SUV XC40 menjadi model Volvo paling digemari, diikuti wagon V60. Rekod enam bulan pertama 2019 mencatatkan jualan 174,398 unit, yang mana pasaran Britain dan Jerman merekodkan pertumbuhan 29.6 peratus dan 32 peratus.

BACA >>> #RetroAuto: Kenapa Volvo Begitu Sentimental dengan Udang Krai?

PRESTASI JUALAN TERBAIK DI CHINA

Volvo turut mencatatkan rekod jualan separuh pertama terbaik di China dengan jualan 67,741 unit, meningkat 10.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Pengguna China sukakan XC60 dan S90 buatan tempatan. Kedua-dua model itu  menjadi peneraju prestasi jualan Volvo di sana.

Bulan Jun juga menyaksikan Volvo memperoleh jualan terbaik di China pada peringkat bulanan dengan jualan 13,238 unit, meningkat 13.23 peratus. Begitu juga AS, juga pasaran bagus buat Volvo dengan jualan 50,120 unit dalam setengah tahun pertama, meningkat 5.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

BACA >>> #PanduUji: Volvo XC40 – Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi

Namun, berbeza China, model paling digemari pembeli AS ialah SUV besar, XC90, disusuli XC60 dan XC40. Jualan Volvo Cars di negara itu meningkat 0.7 peratus, dengan jumlah keseluruhan 9,934 unit.  Di Malaysia pula, jualan Volvo Cars sepanjang Januari – Mei 2019 ialah 786 unit.

logo-volvo

Prestasi Jualan 3 Model Terbaik Volvo Cars Peringkat Global (Jan – Jun 2019)

  1. XC60 – 97,203 unit (2018: 88,786 unit)
  2. XC40 – 61,864 unit (2018: 23,741 unit)
  3. XC90 – 47,818 unit (2018: 47,658 unit)

Pada 2018, Volvo Cars meraih jualan 642,253 unit di 100 negara. Volvo Cars ialah subsidiari automotif di bawah Zhejiang Geely Holding yang dimiliki gergasiu automotif China itu sejak 2010.

BACA >>> Volvo XC90 Armoured – SUV Edisi Khas yang Tahan Letupan Balistik

GALERI
Presiden dan CEO Volvo Cars, Håkan Samuelsson
Auto Terkini Jualan Volvo Januari-Jun 2019 Prestasi jualan Volvo Volvo Cars XC40 XC60 XC90
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    BMW iX3 dan Zeekr 7GT raih 5-bintang Eurp NCAP
    Auto Terkini

    BMW iX3, Zeekr 7GT Raih 5-Bintang Ujian Baharu Euro NCAP 2026 yang Lebih Ketat!

    14/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.