Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Tunjuk Lampu Konsep Masa Depan, Mampu Interaksi dengan Persekitaran
Auto Terkini

Volkswagen Tunjuk Lampu Konsep Masa Depan, Mampu Interaksi dengan Persekitaran

Han OthmanBy Han Othman25/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAYANGKAN suatu masa nanti lampu utama dan lampu belakang kereta bukan sekadar memancarkan suluhan cahaya terang, tetapi juga mampu ‘bercakap’ dengan kenderaan lain atas jalan. Inilah visi yang mahu dicapai Volkwagen dan ia bukan hanya impian.

Faktanya, Volkswagen kini sudah membangunkan terowong sepanjang 100 meter yang dikhaskan untuk kajian dan penyelidikan (R&D) mengenai lampu pintar yang mampu berinteraksi dengan persekitaran.

Menurut MotorTrend, Volkswagen merancang menghasilkan lampu utama mikro-piksel masa depan hingga mencapai tahap 30,000 titik cahaya dengan keupayaan paparan hologram atas jalan dan sekeliling.

BACA >>> Teknologi Lampu Pintar Ford Mampu Jadi Penunjuk Jalan Ketika Memandu Malam

PAPAR GARIS JALAN SEBAGAI PANDUAN

Lampu teknologi tinggi itu dapat menunjukkan tanda garis virtual sekeliling kenderaan sebagai panduan kepada pemandu tentang bagaimana memandu kereta dalam kawasan tanda garis tersebut. Bagusnya, tanda garis tersebut tidak statik, tapi boleh membengkok mengikut selekoh atau simpang jalan.

Sementara itu, lampu belakang pula akan memaparkan amaran bermesej kepada pemandu lain tentang sebayang halangan atau bahaya atas jalan. Malah, pemandu boleh menghasilkan signatur peribadi pada kereta sendiri yang dapat dipaparkan pada lampu belakang.

Menariknya, lampu belakang Volkswagen ini mampu mengeluarkan tanda amaran kepada pemandu di belakang supaya dia tidak cuba mencuri kotak parkir ketika anda cuba mengundurkan kereta untuk diparkir.

Volkswagen juga cuba menghasilkan lampu yang mampu meniru paten mata manusia. Dari jauh, lampu utama akan menunjukkan tanda tutup dengan memaparkan strip LED tipis seperti menutup mata. Ia boleh terbuka dan mengenyit lampu kepada pemandu.

BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?

Apa lagi? Lampu utama akan membelok sendiri ke arah mana kenderaan dituju, termasuk memancarkan cahaya ke arah penunggang motosikal, basikal atau pejalan kaki sebagai tanda amaran.

GALERI
Auto Terkini Konsep Lampu Masa Depan Volkswagen Lampu Kereta Masa Depan Lampu Kereta Pintar teknologi Volkswagen
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.