Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen Passat 2.0TSI Elegance Lancar di Malaysia, Harga RM188k
Auto Terkini

Volkswagen Passat 2.0TSI Elegance Lancar di Malaysia, Harga RM188k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) tidak menunggu lama untuk memperkenalkan Passat 2.0TSI Elegance selepas empat bulan debut di Jerman yang menampilkan pembaharuan rupa luaran dan dalaman pada harga RM187,990.

Memasuki generasi kelapan, Passat 2.0 TSI Elegance dijana enjin 2.0 TSI (tiada lagi enjin 1.8L) dengan angka kuasa sedikit direndahkan rendah, 188hp (-28hp) dan tork 320Nm (-30Nm) dengan transmisi automatik DSG 7-kelajuan menggantikan 6-kelajuan sebelumnya.

Sedan famili eksekutif ini menawarkan penggunaan bahan api 6.5 liter per 100km. 

BACA >>> Volkswagen Passat Variant 4MOTION R-Line Edition, Wagon Edisi Khas 2,000 Unit Sahaja

CUMA SATU VARIAN

Passat 2.0 TSI Elegance cuma ada satu varian dan didatangkan dalam enam pilihan warna dengan dua kemasan seperti berikut:

  • Aquamarine Blue (biru)
  • Manganese Grey (kelabu)
  • Reflex Silver (perak)
  • Tamarind Brown (coklat)
  • Deep Black (hitam), dengan efek mutiara
  • Oryx White (putih), dengan efek mutiara

LUARAN DINAMIK

Passat 2.0 TSI Elegance tampil dinamik menerusi penambahbaikan rekabentuk baharu profil depan dan belakang yang berbeza dengan model terdahulu. Kemas kini lain ditampilkan ialah lencana yang tertera di belakang dan rim aloi ‘Liverpool’ 18-inci.

Karakter elegan diserlahkan menerusi rekaan signatur lampu utama LED penuh berserta lampu signal belok berturutan di depan dan belakang . Lampu belakang juga direka baharu.

MATERIAL, REKAAN KABIN BAHARU

Ruang kabin Passat mengetengahkan elemen mewah dan penuh gaya. Antara aspek dinaik taraf ialah kemasan panel pintu baharu, 30 pilihan warna lampu ambien dan stereng kulit dengan butang multifungsi ergonomik yang memudahkan akses konektiviti menerusi satu sentuhan sahaja.

Kerusi menggunakan material kulit lembut dan disiapkan dengan fungsi boleh laras 12-tetapan. Penyaman udara Climatronic 3-zon memberikan keselesaan maksimum untuk keseluruhan penumpang dalam kabin. Ciri baharu yang disediakan ialah pelindung cahaya matahari elektrik pada cermin belakang. Kapasiti but 586 liter cukup luas untuk mengisi barangan lima penumpang.

BACA >>> Volkswagen Jetta GLI (2019), Jelmaan Golf GTI dalam Bentuk Sedan

KONEKTIVITI PINTAR DI HUJUNG JARI

Passat 2.0 TSI Elegance menawarkan ciri konektiviti pintar di hujung jari menerusi unit Digital Cockpit 11.7-inci  dengan skrin TFT resolusi tinggi yang menghasilkan kualiti paparan setanding telefon pintar premium. Juga disediakan antaramuka grafik 2D dan 3D untuk fungsi navigasi dan media.

Ada enam pandangan skrin boleh dikustomkan dengan lebih 30 kombinasi.  Sistem infotainment diakses menggunakan skrin sentuh 9.2 inci dengan kawalan suara dan gestur serta skrin pandangan yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian.

Ciri AppConnect wayarles dengan Apple CarPlay juga ditawarkan buat kali pertama untuk model ini di Malaysia. Ciri lain termasuk akses pilihan konektiviti luas yang dapat dicapai menerusi skrin sentuh kapasitif, tiga palam USB-C dengan iluminasi dan sambungan Bluetooth untuk penstriman audio dan peranti mudah alih. 

CIRI KESELAMATAN DIPERTINGKAT

Keselamatan adalah aspek penting untuk semua model Volkswagen. Passat 2.0 TSI Elegance dilengkapkan ciri Bantuan Sisi dengan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dengan jarak sensor 18º hingga 50 meter, manakala teknologi Sistem Pemantauan Titik Buta (BLIS) memastikan kereta sentiasa kekal dalam laluan pemanduan dengan jarak sensor 70 meter.

Juga ditambah Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dengan alat pengesan bersepadu pada keempat-empat tayar. Ciri keselamatan lain termasuk:

  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sietem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Sistem Respon Perlanggaran Pintar (ICRS)
  • Kawalan Pegun Bukit (HHC)
  • Sistem Brek Pasca-Perlanggaran Automatik (APCBS)
  • Sistem Perlindungan Penumpang Proaktif (PPPS)

BACA >>> Volkswagen Tunjuk Lampu Konsep Masa Depan, Mampu Interaksi dengan Persekitaran

GALERI
Roda4 Sedan Vokswagen Passat Volkswagen Volkswagen Passat (2020) Volkswagen Passat Elegance Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) VW Passat
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.