Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Volkswagen, Audi Tolak Tawaran RM38.1b Jual Lamborghini
Auto Terkini

Volkswagen, Audi Tolak Tawaran RM38.1b Jual Lamborghini

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN Volkswagen Group bersedia menjual beberapa jenama di bawah naungannya, konglomerat automotif dari Jerman itu masih belum bersedia melepaskan Lamborghini.

Kumpulan itu dilaporkan menolak tawaran bernilai AS$9.2 billion (RM38.1 bilion) daripada syarikat berpangkalan di Zurich, Switzerland, Quantum Group SA bulan ini.

BACA >>> Lamborghini Keluarkan Model Hibrid, Elektrik Penuh 2024

Kilang Lamborghini di Sant’Agata Bolognese, Itali.

Harga ditawarkan itu membabitkan pemilikan jenama, harta intelek, kilang bersejarah di Sant’Agata Bolognese dan bahagian perlumbaan Lamborghini. Perincian penuh mengenai tawaran itu diteliti pegawai eksekutif tertinggi Volkswagen Group termasuk Ketua Pengarah Urusan, Herbert Diess dan Pengerusi Audi, Markus Duemann. 

Walaupun tawaran Quantum Group menarik untuk dipertimbanglkan, Volkswagen Group memutuskan untuk tidak menjual subsidiari mewah itu. 

Pembelian Lamborghini bukanlah bermaksud mahu memutuskan pertalian dengan Volkswagen sama sekali. Sebaliknya Quantum Group merancang menjadikan jenama supercar dari Itali itu sebagai peneraju inovasi teknologi trenkuasa hijau, iaitu strategi yang sudahpun dimulakan Lamborghini.

Pada masa sama, pelabur juga berharap menandatangani perjanjian bekalan lima tahun bersama Audi dan membangunkan Pusat Inovasi Automotif Maju di Saxony, Jerman.

Khabar angin mengenai penjualan Lamborghini sudah mula bertiup pada penghujung 2020, tetapi Volkswagen menegaskan penjualan syarikat itu tiada dalam perancangan. 

BACA >>> Volkswagen Mahu Kenakan Caj untuk Aktifkan Pemanduan Autonomi
BACA >>> Audi Mahu Caj RM352 Sebulan untuk Aktifkan Fungsi Navigasi

SUMBER: Autoblog.com

Audi Auto Terkini Lamborghini Quantum Group SA roda2 Volkswagen
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam21/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.