• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Audi Mahu Caj RM352 Sebulan untuk Aktifkan Fungsi Navigasi

Audi Mahu Caj RM352 Sebulan untuk Aktifkan Fungsi Navigasi

May 21, 2021 By Arif Leave a Comment

869
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA minggu lalu Volkswagen baru saja berkira-kira mahu mengenakan caj bulanan ke atas pemilik jenama itu yang mahu menggunakan sistem pemanduan autonomi, tetapi Audi pula benar-benar mahu melakukannya.

Terbaharu Audi mengumumkan mengenakan bayaran untuk ciri tambahan kenderaan atas talian, yang dipanggil 'Functions on Demand' (fungsi atas permintaan). 

Audi sebenarnya sudah pun memberi bayangan mengenai ciri tersebut seawal tahun lalu dengan mengatakan fungsi itu mudah digunakan dan diakses. 

Contohnya, jika tidak memilih pakej dengan ciri navigasi, pembeli boleh memuat turun aplikasi myAudi dan mengisi maklumat peribadi sebelum kenderaan mereka diberikan kemas kini atas talian.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Android Auto dan Apple CarPlay?
BACA>>> #TahukahAnda: Manakah Posisi Tepat dan Selamat Pasangkan Peranti GPS dalam Kereta?

Walaupun nampak mudah, ini sebenarnya antara cara pengeluar itu mendapatkan keuntungan daripada pelanggan. Ciri navigasi atas permintaan tersebut akan mula dimuatkan pada empat model Audi 2021 pada caj bulan AS$85 (RM352) sahaja, atau AS$849 (RM3,520) setahun.

Audi juga yakin permintaan untuk fungsi navigasi sentiasa ada walaupun pengguna boleh mendapatkannya secara percuma menerusi telefon pintar yang dihubungan kepada sistem operasi Apple CarPlay dan Android Auto.

Jika Audi pun sudah berani memperkenalkan ciri tersebut, tidak mustahil pengeluar lain juga akan mengikut jejak langkah sama yang mungkin tidak terhad kepada sistem navigasi semata-mata. Apa kata anda?

BACA >>> Volkswagen Mahu Kenakan Caj untuk Aktifkan Pemanduan Autonomi
BACA >>> Paris Mahu Kenakan Caj Parkir untuk Penunggang Motosikal, NGO Nak Demo!

SUMBER: Jalopnik

869
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Android Auto, Apple CarPlay, Audi, functions on demand, myAudi, navigation, teknologi, Volkswagen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my