Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Viper Niza Racing Mula Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 di Mugello
Sukan Permotoran

Viper Niza Racing Mula Kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 di Mugello

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam18/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PASUKAN lumba dari Malaysia, Viper Niza Racing Team memulakan kempen Michelin 24H Series Eropah 2026 hujung minggu ini dalam perlumbaan 12 Hours of Mugello di Itali yang berlangsung 20 – 22 Mac.

Musim 2026 menyaksikan Viper Niza Racing menyertai semua lima pusingan dalam siri ketahanan berprestij tersebut.

Selepas Mugello, pusingan kedua akan berlangsung di 12 Hours of Spa-Francorchamps di Belgium pada 17 – 19 April, disusuli 12 Hours of Paul Ricard di Perancis, 5 – 7 Jun.

Lima Pusingan Kempen 2026

Pusingan keempat pula diadakan di 12 Hours of Nürburgring di Jerman pada 3 – 5 Julai sebelum musim ditutup dengan perlumbaan 24 Hours of Barcelona di Sepanyol pada 18 – 20 September.

Kempen penuh itu menandakan kesungguhan Viper Niza Racing untuk memperkukuh kedudukan dalam siri perlumbaan enduran Eropah selepas musim pembelajaran mencabar tahun lalu.

Prestasi Memberangsangkan Musim 2025

Walaupun hanya menyertai empat daripada lima pusingan musim 2025, Viper Niza Racing berjaya menamatkan musim di kedudukan keenam keseluruhan dan keempat dalam carta mata kelas GT3-AM.

Pasukan itu terlepas pusingan pembukaan di Mugello tahun lalu apabila jentera Mercedes-AMG GT3 EVO tidak sempat tiba untuk perlumbaan, sekali gus menyebabkan kehilangan mata penting kejuaraan.

Ketua pasukan dan pelumba utama, Douglas Khoo berkata, pengalaman musim lalu memberikan banyak pengajaran kepada pasukan.

Walaupun kami terlepas perlumbaan di Mugello pada 2025 dan hanya sempat menyertai empat daripada lima pusingan yang dijadual, kami masih berjaya meraih kedudukan keempat keseluruhan dalam carta mata kelas GT3-AM dalam musim penuh pertama kami di Siri Eropah.

”Musim lalu menyaksikan gabungan kejayaan dan cabaran, tetapi jelas mempercepatkan proses pembelajaran kami,” katanya.

Barisan Pelumba Malaysia

Khoo akan mengetuai barisan pelumba dan kru teknikal yang terdiri sepenuhnya rakyat Malaysia.

Beliau akan bergandingan dengan rakan lama Dominic Ang dan Melvin Moh dalam kelas GT3-AM.

Ini akan menjadi kali pertama untuk kami semua berlumba di Mugello.

”Kami sudah meluangkan banyak masa menggunakan simulator bagi membiasakan diri dengan litar tersebut, tetapi tanpa merasai sendiri tekanan daya G di setiap selekoh, segala-galanya masih akan ditentukan pada hari pertama ujian rasmi dan sesi latihan hujung minggu perlumbaan,” kata Khoo.

Beliau turut menjelaskan, pasukan sudah melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas jentera bagi
memastikan persediaan terbaik untuk musim baharu.

Dari segi kereta pula, kami sudah buat proses pembongkaran penuh, pemeriksaan dan melaksanakan semua pembaikan dan penyelenggaraan pencegahan diperlukan sebagai persediaan menghadapi musim ini.

“Sasaran kami adalah mengutip mata penting secara konsisten dalam setiap daripada lima pusingan dan berharap dapat menamatkan musim di kelompok tiga teratas keseluruhan,” katanya.

Litar Ikonik Mugello

Litar Mugello mempunyai sejarah panjang yang bermula sejak 1920 apabila perlumbaan diadakan di laluan jalan raya sekitar bandar dan kampung berhampiran.

Litar moden Mugello pula dibina pada 1973 sebelum dibuka secara rasmi pada 1974.

Litar sepanjang 5.245km itu mempunyai 15 selekoh, termasuk beberapa selekoh berkelajuan tinggi dan laluan lurus sepanjang 1.141km.

Pada 1988, litar tersebut dimiliki Scudrea Ferrari secara rasmi dan pernah menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) buat kali pertama pada 2020 menerusi Grand Prix Tuscan.

Persaingan Sengit 12 Hours of Mugello

Sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, tiada pengeluar yang benar-benar mendominasi perlumbaan 12 Hours of Mugello dalam kategori keseluruhan atau kelas AM.

Porsche, Mercedes-Benz dan Audi masing-masing mencatat kejayaan tersendiri dalam perlumbaan tersebut, menjadikan perlumbaan di Mugello antara paling kompetitif dalam kalender Michelin 24H Series.

Sokongan Penaja

Viper Niza Racing mendapat sokongan beberapa penaja utama seperti Motul, IWC sebagai jenama jam rasmi pasukan, Momentum Autoparts dan Sparco Italy.

GT3-AM Michelin 24H Series Eropah 2026 motorsport sukan permotoran Viper Niza Racing
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.