Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Videotomotif: Suzuki Hayabusa Tumpaskan Kawasaki Ninja H2 Bertiang-Tiang?
Autotainment

Videotomotif: Suzuki Hayabusa Tumpaskan Kawasaki Ninja H2 Bertiang-Tiang?

AryonBy Aryon23/04/20194 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA tahu tentang kehebatan Kawasaki Ninja H2 sebagai superbike paling berkuasa di dunia hari ini yang dijana kuasa induksi paksaan daripada enjin supercas. Tetapi jika anda lihat apa yang mampu dilakukan Suzuki Hayabusa, anda mungkin berfikir dua kali.

Ini belum lagi versi turbo kilang yang khabarnya akan dipasangkan pada Hayabusa serba baharu nanti. Namun, Hayabusa yang diubah suai kepada turbo bukanlah perkara asing di kalangan pemilik superbike Suzuki itu.

Bagi aksi lumba drag di bawah ini, tidak dapat dipastikan sama ada Hayabusa tersebut sudah diturbokan, tetapi deskripsi mendakwa jentera itu ialah versi turbo berkuasa 250hp. Adakah enjin lama Hayabusa masih relevan untuk menentang superbike era baharu seperti Ninja H2?

BACA >>> Suzuki Hayabusa Ucap Sayonara Selepas 20 Tahun, Beri Ruang Pengganti Baharu?

Namun atas kertas, Hayabusa (dengan label 1320 pada visor cermin) sudah tentu lebih berkuasa daripada Ninja H2, dengan ledakan kuasa turbo setinggi 250hp. Tetapi Ninja H2 pun bukan calang-calang superbike, kuasa dihasilkan ialah 200hp dengan berat jentera lebih ringan dan bersaiz lebih kompak. Jadi sedikit kuasa sudah cukup untuk melonjakkan model Kawasaki ini ke depan dengan pantas.

Faktanya, Ninja H2 langsung tidak diberikan peluang, malah berdepan masalah besar pada roda depan yang kerap wheelie setiap kali penunggang memulas terotel dengan keras. Ini secara tidak langsung menghilangkan traksi dan memperlahankan pecutan, sekali gus membuatkan Hayabusa meninggalkan jauh lawannya itu.

Hayabusa pula nampak begitu relaks, stabil dan bertenaga. Mungkin juga penunggangnya lebih berpengalaman. Mungkin keputusannya berbeza jika bantuan elektronik digunakan Ninja H2 untuk mengehadkan situasi wheelie berlaku, dan kawalan traksi (TCS) untuk berikan henjutan lebih baik.

BACA >>> Videotomotif: Kawasaki Ninja H2 vs Lightning LS-218, Siapa Juara Lumba Drag?

drag Hyperbike Kawasaki Kawasaki Ninja H2 lumba drag Roda4 superbike Suzuki Suzuki GSX-R1000R Hayabusa Suzuki Hayabusa video videotomotif
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    Chery Tiggo V 2026
    Roda4

    #AutoChina2026: Chery Tiggo V Diperkenal, SUV ‘Transformer’ yang Gabungkan MPV, Trak Pikap dan RV dalam Satu Badan

    11/05/2026
    YDPA Sultan Iskandar dapat hadiah Aurus Senat dari Rusia
    Auto Terkini

    YDPA Sultan Ibrahim Dapat Limosin Aurus Senat, Lambang Hubungan Erat Malaysia-Rusia

    11/05/2026

    4 Comments

    1. mandrem on 10/06/2019 02:22

      hayabusa Tu swing arm dh panjang Cuba h2R tu tukar swingarm panjang tengok cmne

      Reply
    2. Oji on 10/06/2019 08:33

      Berdasarkan kajian pemerhatian:

      Wheelbase Hayabusa lebih memanjang dan rendah so gravity stability dia lebih dari H2, Tinggi dan pendek… thats why H2 tu kerap terpacak… so pada pendapat aku kalau H2 tu swingarm dia panjang takde masalah nak kitai walaupun HP sikit…

      Reply
    3. madi on 11/06/2019 18:53

      rider h2r noob, kalau tukar rider busa tu naik h2r,konfem busa tu kalah…

      Reply
    4. Pokmat on 15/06/2019 13:06

      Dua2 moto ni boleh kita well match..tp masalahnya skrg..busa tu drag ready setup vs street version kawa.. lowered front fork, long swing arm.. tayar blum tau lg tu

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.