Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Video Hilux Langgar Lampu Merah Rempuh Penunggang Sampai Tercampak, Maut
Auto Terkini

Video Hilux Langgar Lampu Merah Rempuh Penunggang Sampai Tercampak, Maut

FarahBy Farah19/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DISEBABKAN kecuaian individu lain, seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh pemandu Toyota Hilux yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat Padang Layang, Jalan Salor-Pasir Mas, Kota Bharu, Kelantan semalam.

Mangsa, Mohamad Zulkifli Zakaria, 59, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR tercampak sejauh kira-kira 20 meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Trak Pikap Lebih Bahaya daripada SUV, Van Mini?

Dalam insiden kira-kira jam 1.25 petang itu, mangsa datang dari arah Tendong menghala ke Jalan Kedai Mulong dan berhenti di persimpangan kerana lampu merah.

Menurut polis, apabila lampu bertukar hijau, mangsa meneruskan perjalanannya, tetapi dirempuh trak pikap tersebut di tengah persimpangan lampu isyarat. Pemandu Hilux datang dari arah Kota Bharu menghala Pasir Mas .

Insiden itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Kampung Kutan Hulu, Tumpat tercampak 20 meter dari motosikal ke bahu kiri jalan menghala ke Pasir Mas. Akibat kemalangan itu, mangsa maut akibat parah di dada dan patah kaki kiri.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat. Pemandu dan tiga penumpang dalam Hilux tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sebelum itu, tular satu klip video kamera pemuka (dashcam) yang memaparkan detik mangsa tercampak akibat dirempuh trak pikap tersebut.

BACA>>> Tetiba Ghaib Ketika Undur Motosikal
BACA>>> Penunggang Maut Terbabas Langgar Pili Bomba

SUMBER: Utusan | FBAdamWongJr

Auto Terkini hilux hilux langgar motosikal kemalangan maut kemalangan motosikal Langgar Lampu Merah Penunggang maut
Farah

    Artikel Berkaitan

    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.