Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»VelociRaptor 600 – Ford F-150 Raptor dengan Kuasa 600hp, 0-100kmj Sepantas 4.2 Saat!
Bikin Auto

VelociRaptor 600 – Ford F-150 Raptor dengan Kuasa 600hp, 0-100kmj Sepantas 4.2 Saat!

Abang HirataBy Abang Hirata03/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN lagi konvesional, banyak trak pikap hari ini dibangunkan berasaskan gaya hidup pengguna selain digunakan untuk tujuan lasak. Sudah jadi kebiasaan, trak pikap itu didatangkan dengan kit badan dan corak rim fancy bersama kerusi kulit.

Lebih menarik, trak pikap seperti Ford Ranger Raptor dibangunkan dengan prestasi ala kereta sport.

BACA >>> Nobe 500 – Trak Pikap Elektrik Gaya Retro Debut Tahun Depan
BACA >>> Mahu Trak Pikap Anda Kekal Berkuasa? Gunalah Diesel Euro5 BHPetrol!

Di Texas, Amerika Syarikat (AS), syarikat modifikasi kenderaan dan pengeluar kereta hiper, Hennessey Performance Engineering (HPE) menawarkan pikap prestasi tinggi. Terbaharu, HPE baru saja memperkenalkan pakej VelociRaptor 600 untuk model baharu Ford F-150 Raptor.

Apa menarik tentang pakej VelociRaptor 600?

  • Kuasa dinaik taraf sebanyak 150hp kepada 600hp, manakala tork pula 843Nm @ 4,000 rpm.
  • Bagi pecutan, daya pecutan 0-100kmj dapat dicapai sepantas 4.2 saat yang berada dalam liga kereta sport!
  • Enjin 3.5L V6 Turbo Kembar diubah suai dengan beberapa komponen seperti berikut:
    • Sistem induksi udara beraliran tinggi.
    • Intercooler jenis udara ke udara pada bahagian depan dengan injap blow-off.
    • Paip intercooler baharu.
    • Naik taraf sistem komputer pengurusan enjin.
  • Ada waranti tiga tahun, atau 60,000km (36,000 batu).

HPE bukan nama asing dalam trak pikap sebegini yang antara pengeluar F-150 versi modifikasi terbesar dunia.

Sejak lebih sedekad lalu, HPE sudah menyiapkan ribuan trak pikap VelociRaptor untuk pelanggan serata dunia. Selain modifikasi di atas, syarikat itu menawarkan beberapa pilihan tambahan seperti:

  • Bampar depan dan belakang dengan lampu LED.
  • Rim 20 inci Hennessey dan tayar off-road hingga 37 inci.
  • Kit suspensi boleh laras.
  • Brek depan Brembo 6-piston.
  • Logo Hennessey dan VelociRaptor.

BACA >>> Ford Ranger Thunder – Wildtrak Edisi Terhad dengan Enjin Raptor, 210hp, 500Nm

HPE kini sudah membuka tempahan untuk trak pikap VelociRaptor 600 dan penghantaran global akan bermula pada awal 2022 nanti. Tetapi ingat, jika ada yang berminat membawa pulang model ubah suai itu ke Malaysia, F-150 Raptor itu adalah model pemanduan sebelah kiri (LHD).

Jika itu tidak menjadi masalah kerana sudah berkenan, harga pakej di atas, termasuk sebuah Ford F-150 Raptor adalah sekitar AS$110,000 (RM460,330), tidak termasuk duti import.

Selain HPE, VelociRaptor 600 juga boleh dipesan melalui pengedar rasmi Ford di AS. Lebih eksklusif, hanya 250 unit akan ditawarkan kepada pelanggan serata dunia!

BACA >>> Ford Ranger Raptor X Edisi Khas – Pertama Warna Merah di Malaysia, RM216k
BACA >>> MB Kedah Sudah Bayar Kompaun RM1,500 Langgar SOP

Bikin Auto Bikin Kereta Ford Ford F-150 Raptor Hennessey Hennessey Performance Engineering (HPE) Hennessey VelociRaptor 600 Roda4 Trak pikap VelociRaptor 600
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.