Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?
Auto Terkini

Usia Alza Sudah 160 Tahun, Model Serba Baharu Muncul Tahun Depan?

Han OthmanBy Han Othman05/12/20212 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA mengumumkan akan menghentikan pengeluaran kenderaan pelbagai guna (MPV) kesukaaan ramai, Alza pada Januari 2022, sekali gus menamatkan lebih 12 tahun kehadiran model itu di pasaran Malaysia.

Dalam sidang media di Johor Bahru, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad memberikan bayangan generasi kedua Alza dengan kod nama D27A akan diperkenalkan tahun depan dan kini sedang dalam fasa ujian akhir, tetapi tidak mendedahkan sebarang tarikh rasmi.

BACA >>> Perodua Alza (2018) Facelift Kini Berwajah Baharu – Harga Bermula RM51k Hingga RM62k
BACA >>> Sondol MPV Honda, Drebar 'King' Terbalik Cedera Teruk Juga…

Alza sedia ada masih mendapat tempahan 1,500 unit sebulan dan sudah 13 tahun di pasaran walaupun jangka hayat sesebuah model biasanya dalam enam hingga tujuh tahun.

Kalau disamakan umur manusia, setahun kereta sama seperti lapan tahun umur manusia, maknanya Alza dah macam 160 tahun, tapi masih lagi sangat popular.”

Zainal Abidin berkata lagi, jika mengambil konteks perniagaan, Alza sebenarnya boleh saja terus dijual, sebaliknya beliau memiliki hasrat untuk menawarkan produk yang lebih selamat dan berteknologi kepada pelanggan Perodua.

Perodua adalah pengeluar nasional bertanggungjawab dan saya mahukan rakyat Malaysia dapat memiliki kenderaan yang selamat dan pelanggan seronok dengan teknologi baharu.”

“Sememangnya akan ada satu model baharu penuh tahun depan, tapi saya tidak dapat beri jaminan tentang masanya atas isu larangan rentas negara dan Covid-19. Ya, memang ada perubahan, tetapi saya tidak boleh beritahu kerana kami masih sedang memuktamadkan beberapa perkara.”

Spekulasi mengenai Alza sudah lama menular tahun ini berikutan kemunculan model MPV serba baharu Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia di negara jiran Indonesia yang dilengkapi ciri lebih moden dan maju seperti penghidup tanpa kunci (keyless), Bantuan Mula Daki (HSA), Signal Henti Kecemasan (ESS) dan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), termasuk ciri asas seperti beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (VSC).

Jika mengambil kira teknologi diperkenalkan Perodua pada model terbaharunya, Ativa dan Myvi, kita boleh membayangkan Alza generasi baharu nanti akan dilengkapi teknologi terkini seperti Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) dan transmisi D-CVT.

Apa kata peminat Alza kita?

BACA >>> Spesifikasi Toyota Avanza (2021), Veloz Bocor Selepas Debut Mitsubishi Xpander
BACA >>> Kembar Toyota Avanza, Daihatsu Xenia (2019) Kini Ada Varian Enjin 1.5L

Auto Terkini CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad Datuk Zainal Abidin Ahmad Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Perodua Alza Perodua Alza Generasi Baharu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026

2 Comments

  1. Int on 08/12/2021 12:12

    Hebat 160 tahun kat tajuk usia alza

    Reply
  2. Faye on 04/01/2022 17:16

    Hahaha tula pasal

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.