Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UPSI, Proton Teroka Kerjasama Strategik Perkasa Ekosistem BEV Nasional
Auto Terkini

UPSI, Proton Teroka Kerjasama Strategik Perkasa Ekosistem BEV Nasional

SyafieBy Syafie25/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi meneroka kerjasama strategik dalam memperkasa ekosistem Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) dan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

Kunjungan tersebut membuka ruang sinergi antara industri automotif nasional dan institusi pendidikan tinggi dalam usaha mempromosikan teknologi hijau serta mobiliti elektrik masa depan.

Pusat Pembelajaran, Demonstrasi EV Pertama IPT

Naib Canselor UPSI, Md Amin Md Taff berkata, antara cadangan utama yang dibincangkan ialah penubuhan Pusat Pembelajaran dan Demonstrasi EV pertama di institusi pengajian tinggi Malaysia.

Antara fokus kerjasama:

  • Pembangunan modul pendidikan asas BEV
  • Latihan praktikal berkaitan teknologi Proton e.MAS
  • Peningkatan kesedaran awam mengenai teknologi BEV nasional
  • Integrasi teknologi hijau dalam kurikulum universiti

Menurut beliau, teknologi BEV dan NEV bukan lagi pilihan masa depan, tetapi satu keperluan semasa yang perlu dikuasai generasi muda.

Industry in Campus, Proton Training Center

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Abdul Rashid Musa berkata, institusi pendidikan tinggi adalah rakan strategik penting dalam mempercepat pembangunan mobiliti elektrik negara.

Antara cadangan kolaborasi jangka panjang termasuk:

  • Konsep Industry in Campus
  • Penubuhan Proton Training Center @ UPSI
  • Zon pameran dan promosi teknologi e.MAS (tech showcase)
  • EV Community Awareness and Learning Center
  • Program training of trainers melibatkan keselamatan, diagnostik dan servis selepas jualan
  • Program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling)

Pendekatan ini diyakini mampu merapatkan jurang antara industri dan akademia, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam sektor automotif berteknologi tinggi.

Sokong Aspirasi Mobiliti Hijau Negara

Kerjasama strategik ini dilihat selari dengan aspirasi negara dalam memperkasa teknologi hijau serta mempercepat transformasi industri automotif ke arah BEV.

Dengan gabungan kepakaran industri dan ekosistem pendidikan, model Industry in Campus dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat tempatan dalam bidang mobiliti elektrik.

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Proton e-MAS Proton Holdings Berhad (PROTON) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Honda Insight EV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Honda Insight 2027 Kembali, Kini Sebagai SUV EV

08/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.