Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Untung Duduk dalam Kumpulan Sama, Ketua dari Audi Dilantik CTO Lamborghini
Auto Terkini

Untung Duduk dalam Kumpulan Sama, Ketua dari Audi Dilantik CTO Lamborghini

Abang HirataBy Abang Hirata27/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INDUSTRI automotif hari ini bukan lagi diterajui syarikat tunggal, tetapi kumpulan gergasi yang memayungi banyak jenama. Sebagai contoh Toyota Motor Corporation, Volkswagen Group, perikatan Renault-Nissan-Mitsubishi dan Stellantis.

Selain berkongsi sumber dan teknikal, jenama di bawah kumpulan juga dapat menggunakan sumber manusia sesama ahli. Kaedah ini boleh dilaksanakan melalui projek bersama atau pertukaran terus ke syarikat berlainan di dalam kumpulan.

BACA >>> Lamborghini Sekali Lagi Catat Jualan Tahunan Tertinggi, Urus Paling Laris!

Pengeluar kenderaan prestasi tinggi Automobili Lamborghini bertukar tangan daripada kumpulan pelaburan Malaysia dan Indonesia kepada Volkswagen Group pada 1998. Kumpulan itu kemudian meletakkan Lamborghini di bawah Audi AG.

Seperti diperkatakan, hubungan tersebut mempunyai faedah dari segi teknikal dan sumber manusia. Terbaharu, Lamborghini mengumumkan rombakan dalam Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dengan Rouven Mohr dilantik Ketua Pegawai Teknikal (CTO).

Mohr (kiri) dan Reggiani berjabat tangan.

Terdahulu, Mohr ialah Ketua Penilaian Keseluruhan Kenderaan Audi AG di Jerman. Beliau menggantikan Maurizio Reggiani, iaitu individu penting dengan separuh kariernya dalam jabatan teknikal Lamborghini.

Reggiani akan berpindah ke jawatan Naib Presiden Permotoran Lamborghini dan bertanggungjawab merangka langkah strategik masa depan bahagian permotoran Lamborghini. Pertukaran itu dibuat ketika dunia permotoran beralih kepada era mampan dengan sasaran mengukuhkan kedudukan Squadra Corse Lamborghini dalam arena persaingan tinggi.

Berikut latar belakang dan tugas kedua-dua individu:

Maurizio Reggiani

  • Dilahirkan di San Martino Spino (Modena), Itali pada 1959.
  • Memulakan kerjaya bersama Maserati pada 1992 di jabatan khusus untuk rekabentuk dan pembangunan enjin.
  • Berpindah ke Bugatti di Campogalliano dari 1987 hingga 1995. Beliau bertanggungjawab dalam projek trenkuasa EB110.
  • Berpindah ke Lamborghini pada 1995. Beliau memegang jawatan Ketua Projek Murciélago dan kekal di posisi itu hingga 2001.
  • Ditukarkan dan bertanggungjawab ke atas Bahagian R&D Trenkuasa dan Suspensi.
  • Dilantik sebagai CTO pada 2006.
  • Bertanggungjawab membentuk strategi di sebalik teknologi penting dan inovasi rekabentuk model V12, V10 dan V8T dan pelbagai projek lain.

Rouven Mohr

  • Dilahirkan di Saarbrücken, Jerman pada 1979.
  • Mempunyai pendidikan dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Teknikal Kaiserslautern dan ijazah kedoktoran (PhD) dalam Mekanik Numerikal (Numerical Mechanics).
  • Memulakan kerjaya bersama Audi pada 2008 dalam Jabatan R&D sebagai Jurutera Ujian untuk Ketahanan Casis.
  • Dilantik Ketua Pengurusan Projek Keseluruhan Kenderaan pada 2014 untuk Audi A3, TT, Q7 dan Q8.
  • Berpindah ke Lamborghini pada 2017 dan dua tahun berkhidmat sebagai Ketua Pembangunan Keseluruhan Kenderaan untuk Aventador, Huracán dan Urus.
  • Kembali semula ke Audi sebagai Ketua Jabatan Tenaga dan Pengurusan berat.
  • Dilantik sebagai Ketua Penilaian Keseluruhan Kenderaan Audi pada 2020.
  • Kembali ke Lamborghini pada 2022 sebagai CTO!

BACA >>> Lamborghini Jalpa (1982) – Model Ikonik yang Penuh Sejarah Selain Countach
BACA >>> Lamborghini Sekali Lagi Catat Jualan Tahunan Tertinggi, Urus Paling Laris!

Maurizio Reggiani
Maurizio Reggiani
Rouven Mohr
Rouven Mohr
Audi Audi AG Auto Terkini Automobili Lamborghini Lamborghini Maurizio Reggiani Rouven Mohr
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.