Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HEV»UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

SyafieBy Syafie03/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota Harrier HEV

UMW Toyota Motor (UMWT) memperkenalkan Toyota Harrier 2.5 HEV baharu yang menggabungkan keselesaan halus dengan prestasi hibrid lancar dan efisien.

Ditawarkan pada harga bermula RM289,000, kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D premium itu mencerminkan pendekatan pelbagai laluan (multipathway) Toyota dalam menyediakan pilihan mobiliti rendah emisi tanpa memerlukan perubahan gaya pemanduan atau kebergantungan kepada pengecas luaran.

2.5L Hibrid 217ps, 4.7 Liter Per 100km

Toyota Harrier HEV

Toyota Harrier HEV dikuasakan enjin 2.5L Dynamic Force A25A-FXS dan dipadankan Sistem Hibrid Toyota (THS) Generasi ke-4, yang menghasilkan output kuasa keseluruhan 217ps.

Sebagai sistem hibrid pengecasan sendiri  (self-charging), bateri lithium-ion dicas automatik melalui pemanduan dan brek regeneratif dengan penggunaan bahan api serendah 4.7 liter per 100km.

Mod pemanduan Eco, Normal, Sport dan EV membolehkan pemandu menyesuaikan karakter pemanduan mengikut situasi bandar, lebuh raya atau perjalanan santai.

Platform TNGA-K, Fokus Kesenyapan dan Keselesaan

Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV

Dibina atas platform TNGA-K, Toyota Harrier HEV menawarkan kestabilan, pengendalian yakin dan tahap kesenyapan kabin tinggi.

Toyota Harrier HEV

Rekabentuk luaran berasaskan falsafah ‘Dignified Elegance’ menyerlahkan imej premium yang matang dan sofistikated.

Ada tiga pilihan warna: Platinum White Pearl (putih), Grey Metallic (kelabu) dan Precious Black (hitam) dengan dalaman hitam eksklusif.

Antara ciri utama kabin adalah:

Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
  • Kluster instrumen digital 12.3 inci dengan paparan dongak (HUD)
  • Kerusi depan dilengkapi fungsi ventilasi dan pemanas
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 12-tetapan
  • Penyaman udara dwi-zon dengan nanoe™ X
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
  • Bumbung bulan (moonroof) panoramik
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
  • Cermin pandang belakang digital
  • Perakam video digital (DVR) 4K

Toyota Safety Sense (TSS) 3.0

Toyota Safety Sense (TSS) 3.0 logo

Toyota Harrier HEV dilengkapi sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Toyota Safety Sense (TSS) 3.0 seperti:

  • Sistem Pra Perlanggaran (PCS)
  • Kawalan Jelajah Rada Dinamik (DRCC)
  • Bantuan Jejak Lorong (LTA)
  • (Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB)
  • Pemantua Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Brek Sokongan Parkir (PSB)
  • Pemantau Pandangan Panoramik (PVM)

Waranti, Sokongan Pemilikan

Toyota logo

Toyota Harrier HEV hadir dengan pakej seperti berikut:

  • Waranti lima [5] tahun tanpa had perbatuan
  • Waranti sistem hibrid lapan [8] tahun tanpa had perbatuan
  • Pilihan lanjutan sehingga 10 tahun untuk bateri hibrid
  • Sokongan bantuan jalanan 24 jam dan tujuh hari seminggu

SUV saiz penuh itu kini boleh dilihat di semua bilik pameran Toyota sah seluruh negara.

Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Toyota Harrier HEV
Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV segmen-D Toyota Harrier 2.5 HEV UMW Toyota Motor (UMWT)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Pandu uji Kia Carnival 2026 ke Janda Baik
    Pandu Uji

    #PanduUji: Kia Carnival 2026 yang Selesa dan Praktikal, Tapi Belum ‘Premium’ Penuh?

    20/04/2026
    Lepas L6 2026 Euro
    Elektrifikasi

    Lepas L6 Masuk UK, Bila Giliran Malaysia?

    20/04/2026
    Syarat MITI ke atas BYD | DS Johari Abdul Ghani
    Auto Terkini

    Syarat MITI Terlalu Ketat, Pelaburan BYD di Perak Bakal Terjejas?

    20/04/2026
    Honda Insight 2026 lancar di Jepun
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Honda Insight 2026 Lancar di Jepun, Jarak Sehingga 535km, Harga RM137k

    17/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.