Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UMWT Buka Tempahan Hilux, Fortuner dan Innova Versi Kemas Kini!
Auto Terkini

UMWT Buka Tempahan Hilux, Fortuner dan Innova Versi Kemas Kini!

Han OthmanBy Han Othman05/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini mengumumkan membuka tempahan Toyota Hilux, Fortuner dan Innova versi kemas kini yang bermula sejak 22 Oktober lalu.

Tempahan boleh dibuat di semua bilik pameran rasmi Toyota dan juga melalui Toyota Online Showroom. Berikut harga (tanpa insurans) bagi semua model baharu tersebut:

  • Toyota Hilux (5 varian) – bermula RM92,880
  • Toyota Fortuner (3 varian) – bermula RM169,167
  • Toyota Innova (3 varian) – bermula RM115,553

Harga Fortuner dan Innova ditawarkan dengan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST), serta jualann akan bermula Januari 2022.

Ketiga-tiga model itu, yang termasuk dalam barisan kenderaan IMV (Innovative International Multi-Purpose Vehicle), diberikan kemas kini dan penambahbaikan dari aspek keselesaan dan ciri, dengan enjin petrol ditala untuk menepati standard kawalan emisi lebih ketat, lebih awal sebelum pelaksanaan standard Euro4 menjelang 2022 nanti.

Presiden UMWT, Ravindran K berkata;

Barisan kenderaan IMV adalah kejayaan besar di Malaysia dan juga pasaran lain seluruh dunia, memberikan mobiliti yang boleh diharap dan tahan lasak kepada ramai orang. Hilux misalnya, menjadi trak pikap terlaris di Malaysia untuk tempoh lama, malah hari ini kami masih menerima permintaan lebih tinggi berbanding bekalan.

“Usah khuatir kerana kilang pemasangan kami giat berusaha memenuhi tempahan yang masih berbaki, tanpa mengorbankan kualiti.

TOYOTA HILUX

Trak pikap paling laris Malaysia ini didatangkan dalam lima varian bagi memenuhi keperluan dan bajet pelanggan berbeza dengan dua pilihan enjin 4-silinder turbodiesel 2.4L dan 2.8L yang ditala untuk penjimatan bahan api dan boleh dipertingkat dengan penggunaan mod ECO.

Berikut ciri menarik Hilux baharu versi dipertingkat:

  • Varian dwi-kabin, Hilux Rogue 2.8, 2.4 V dan 2.4 E, menggunakan transmisi automatik 6-kelajuan dan sistem pacuan empat roda (4×4)
  • Hilux Double Cab 2.4 G dan Single Cab 2.4 dilengkapi transmisi manual 6-kelajuan dan sistem 4×4.
  • Kekal menawarkan banyak ciri terkini dari segi keselesaan dan keselamatan yang pasti memberikan nilai terbaik untuk wang dibelanjakan.
  • Sistem penyaman udara depan untuk varian Hilux 2.8 Rogue dan 2.4 V dipertingkat kepada dwi-zon yang membolehkan pemandu dan penumpang depan menetapkan suhu berasingan.
TOYOTA FORTUNER

Fortuner baharu menawarkan praktikaliti dan versatiliti sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) bergaya premium dan lasak yang mampu menakluk sebarang permukaan jalan dengan kemampuan memuatkan tujuh penumpang, termasuk pemandu dalam tiga baris tempat duduk.

SUV saiz pertengahan ini didatangkan dalam tiga varian:

  • Fortuner 2.8 VRZ
  • Fortuner 2.7 SRZ
  • Fortuner 2.4

Disebabkan mendapat permintaan tinggi, Fortuner 2.4 kini ditawarkan seluruh Malaysia, bersama Fortuner 2.8 VRZ dan 2.7 SRZ.

Apa lagi menarik mengenai Fortuner baharu?

  • Penyaman udara depan untuk varian 2.8 VRZ dan 2.7 SRZ kini jenis dwi-zon untuk pelarasan suhu berasingan antara pemandu dan penumpang depan.
  • Ada pad pengecas wayarles untuk telefon, standard untuk semua varian.
  • Port USB belakang pada Fortuner 2.8 VRZ kini ditukar kepada jenis Type C yang lebih mudah untuk mengecas telefon pintar generasi baharu.
  • Dijana trenkuasa petrol 2.7L  sama yang terbukti prestasi, dan dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan dan sistem 4×4. Juga ditala untuk menepati piawaian emisi lebih ketat dengan dinaiktaraf daripada Euro2 kepada Eur04.
TOYOTA INNOVA

Innova ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) paling ideal kepada mereka yang memerlukan ruang selesa untuk lapan-tempat duduk dengan ruang barang luas. MPV generasi kedua ini ditawarkan dalam tiga varian:

  • Innova 2.0X
  • Innova 2.0G
  • Innova 2.0E

Apa lagi menarik tentang Innova baharu ini?

  • Saiz kabin semua varian sama, Innova 2.0X didatangkan dengan kerusi kapten saiz besar di tengah.
  • Ada pad pengecas telefon pintar wayarles untuk semua varian.
  • Ada beberapa port USB disediakan dalam kabin.
  • Dijana enjin petrol 2.0L yang reliabel dan menjimatkan serta dipertingkat untuk memenuhi piawaian Euro4

WARANTI 5-TAHUN

Semua tiga model baharu ini dipakejkan dengan waranti 5-tahun tanpa had perbatuan untuk Fortuner dan Innova, dengan maksimum 150,000km untuk Hilux, tertakluk terma dan syarat.

UMWT juga menawarkan pelbagai pelan pembiayaan, seperti pelan langganan, untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Juga ialah program pajakan dan pembiayaan kepada mereka yang membeli kenderaan bagi tujuan komersial.

Maklumat lanjut boleh layari toyota.com.my atau berkunjung ke mana-mana bilik pameran sah Toyota seluruh negara.

Auto Terkini Toyota Fortuner Toyota Hilux Toyota Innova UMW Toyota Motor (UMWT)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.