Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ular Sawa 2.5 Meter Lentok Tidur dalam Trak Pikap
Auto Terkini

Ular Sawa 2.5 Meter Lentok Tidur dalam Trak Pikap

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGAJARANNYA, jangan lupa tutup tingkap apabila tinggalkan kenderaan kerana silap hari bulan boleh ada ‘tetamu’ yang datang menumpang.

Insiden itu menimpa seorang pemilik trak pikap Great Wall di pekan Capalaba, Queensland di Australia apabila seekor ular sawa jenis Karpet menyelinap masuk ke dalam kenderaannya itu sebelum tidur di celahan panel meter.

Penangkap ular, Brendan Dyer berkongsi foto kejadian tersebut di Facebook. Menurutnya, dia sempat menasihatkan pemilik kenderaan supaya memastikan semua akses kereta ditutup rapat sebelum meninggalkan kenderaan bagi mencegah kejadian seumpama itu.

BACA >>> Tunggang Motosikal 11km Baru Perasan dalam Helmet Ada Ular Bisa

Dyer berkata, dia menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu pada Khamis lalu sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Pemilik trak pikap ketika itu sedang menunggu di luar kenderaannya itu. Ular sawa sepanjang 2.5 meter itu akhirnya dapat ditangkap sebelum dilepaskan semula di kawasan lebih selamat dan tiada sebarang insiden buruk berlaku.

“Lelaki itu cakap, ular itu asalnya berada atas papan pemuka dan apabila saya tiba di situ, reptilia itu sudah selesai berjemur dan sedang melingkar untuk tidur,” kata Dyer dipetik Daily Mail Australia.

BACA >>> 5 Sebab Ute aka Kereta Pikap Tidak Popular di Malaysia

Dia percaya ular tersebut menyelinap masuk ke dalam kabin menerusi pintu  yang terbuka pada malam semalaman.

“Susah untuk saya percaya ular sebesar ini boleh masuk ventilator udara kereta. Jadi, pemilik ini mungkin membiarkan tingkapnya terbuka ketika parkir sebelum memandu ke satu destinasi,” katanya.

Dyer tiba bersama anak perempuannya, Tara, 5, sebelum ular tersebut ditangkap dan dimasukkan ke dalam beg.
Selepas mendapati ular itu tidak berbisa, Tara diizinkan bapanya itu melepaskan ular sawa berkenaan di satu kawasan hutan perlindungan.

SUMBER: DailyMail | FB Brendan Dyer

Australia Auto Terkini Brendan Dyer Great Wall Roda4 Ular dalam Kereta Ular Sawa Ular Sawa dalam Trak Pikap Ular Sawa Karpet
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.