Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»UK Mungkin Haramkan Guna Kit Bebas Tangan Sambil Memandu
Auto Terkini

UK Mungkin Haramkan Guna Kit Bebas Tangan Sambil Memandu

Han OthmanBy Han Othman14/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMANDU di Britain mungkin dilarang menggunakan kit bebas tangan selepas kajian mendapati ia juga tidaklah lebih selamat berbanding menjawab telefon menggunakan tangan.

Jawatankuasa Pilihan Pengangkutan (TSC) berkata, Kerajaan kini sedia menimbangkan cadangan penggubalan undang-undang penggunaan telefon bimbit sambil memandu menerusi konsultansi awam yang mana keputusan akan diperoleh menjelang penghujung 2019.

TSC turut menyarankan Kerajaan menaikkan jumlah penalti ke atas pemandu yang menggunakan peranti tangan seperti telefon bimbit, termasuk mendesak polis bertindak tegas dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

Pengerusi TSC, yang juga Ahli Parlimen Britain, Lilian Greenwood berkata, walaupun berdepan risiko sebenar terhadap diri sendiri, penumpang dan pengguna jalan raya lain, masih ramai pemandu berterusan melanggar undang-undang dengan menggunakan telefon bimbit sambil memandu.

“Jika penggunaan telefon bimbit ketika memandu mahu diterima umum sama seperti memandu mabuk, banyak usaha diperlukan untuk mendidik pemandu tentang risiko dan akibat perbuatan tersebut. Pemandu perlu tahu risiko besar jika mereka ditahan, dan juga akibat serius disebabkannya.

“Ada juga anggapan salah tentang peranti bebas tangan sebagai cara selamat menggunakan telefon. Realitinya, sebarang menggunakan telefon itu sebenarnya sudah menjejaskan kemampuan pemandu untuk beri perhatian penuh ketika memandu. Kerajaan sepatutnya menimbangkan meluaskan perintah larangan.

“Setiap kematian dan kecederaan serius disebabkan memandu sambil menggunakan telefon bimbit adalah tragedi yang boleh dielakkan. Kita perlukan larangan tegas, penguatkuasaan lebih baik dan lebih pendidikan untuk menjadikan jalan raya kita lebih selamat untuk semua,” kata Lilian lagi.

SUMBER: MCN

Auto Terkini Hands-Free Kit Jawatankuasa Pilihan Pengangkutan (TSC) kajian Kit Bebas Tangan Lilian Greenwood Peranti Bebas Tangan Telefon Sambil Memandu Transport Select Comittee (TSC) Undang-Undang Jalan Raya
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.