Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#TunggangUji: Zontes Z310-T1 – Advencer Murah, Tapi Kualiti dan Fiil ‘Ride’ Memang ‘A’!
Pandu Uji

#TunggangUji: Zontes Z310-T1 – Advencer Murah, Tapi Kualiti dan Fiil ‘Ride’ Memang ‘A’!

WahidBy Wahid13/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOSIKAL advencer ialah antara kelas dua roda paling popular dunia masa kini. Namun, pengeluar motosikal menyedari bukan semua pembeli mampu memiliki model advencer berkapasiti besar atas beberapa faktor seperti berat, harga dan kos servis mahal.

Maka, motosikal advencer berenjin lebih kecil pun dihasilkan, dan Zontes Z310-T1 adalah salah satu model yang termasuk dalam senarai jentera adventure tourer kapasiti kecil.

Ya, betul, jenama Zontes memang berasal dari China. Tetapi saya sendiri tidak sangka kualiti model ini cukup baik. Zontes menghasilkan hampir 80 peratus binaan motosikal itu di kilang sendiri. Strategi tersebut nyata dapat menjaminkan tahap kualiti dan kejuruteraan kerana segalanya boleh dipantau dan dikawal rapi.

Malah, Zontes mampu menambah baik mana-mana komponen atau bahagian bermasalah dengan segera kerana tidak perlu bergantung kepada pengeluar luar untuk menyiasat masalah teknikal. Hanya komponen tertentu seperti unit ABS (Bosch) dan ECU (Delphi) saja dibeli daripada pengeluar luar.

BACA >>> Bukan 1 atau 2, Tetapi 4 Motosikal Zontes Gegar Malaysia, Harga Bermula RM19,800

Strategi itu berbeza berbanding pengeluar lain yang menggunakan banyak komponen dihasilkan pengeluar luar.

Hasilnya, segenap bahagian Z310-T1 tampak berkualiti tinggi dan memiliki kualiti hampir sama seakan model ternama arus perdana, seperti Honda. Bahagian logam seperti frem dipateri kemas dan rapi. Cat pula berkualiti tinggi dan disembur rata rapi. Apa tidaknya, bahagian seperti frem dan tangki dipateri menggunakan robot, temasuk semburan cat. Komponen logam lain dibuat daripada bantuan alatan mesin berkomputer CNC (computer numerically controlled).

Bagaimanakah saya tahu semua ini? Sebabnya, saya sendiri pernah melawat kilang Zontes di China dua tahun lalu.

Z310-T1 baharu ini menampilkan ciri ditambah baik dan dipertingkat berbanding model terdahulu.

Berikut ciri menarik yang ada Z310-T1:

  • Enjin 4-lejang 312cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 34.8hp dengan transmisi manual 6-kelajuan dengan klac antigelincir (slipper clutch).
  • Dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan dan belakang.
  • Radiator dua bahagian, sebelah kiri dan kanan frem utama.
  • Visor angin (windshield) boleh laras.
  • Sistem penghidup tanpa kunci (keyless).
  • Lampu LED untuk lampu depan, lampu siang (DRL), lampu belakang, lampu signal belok.
  • Panel meter TFT berwarna multi-fungsi.
  • Bahagian badan bukan logam dibuat daripada polimer (plastik) tahan pecah.
  • Tangki minyak boleh buka tanpa kunci.
  • Pelana boleh buka tanpa kunci.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock boleh laras prabeban (belakang).
  • Penutup ekzos kalis haba.
  • Rim depan dan belakang jenis jejari untuk tayar tiubles.
  • Swingarm belakang jenis besi tuang (bukan dipateri daripada beberapa bahagian berasingan). Ini memberikan truktur lebih kuat dengan daya tahan hentakan sekuat 2,000psi.
  • Rantai pacu jenis O-ring.
  • Dibekalkan tiga kotak barang aluminium (tiada pada foto untuk tujuan penggambaran).
Pengalaman Menunggang

Pertama, pelana motosikal ini agak tinggi seperti model advencer besar. Badan motosikal pun nampak seperti model enjin besar. Tetapi bahagian depan pelana yang bersambung dengan tangki direka tirus yang memudahkan saya menurunkan kaki.

Tangan mudah menggenggam hendal kerana diposisikan dekat dengan penunggang. Inilah sebab Zontes menggunakan radiator dibelah dua kerana bahagian roda depan dapat didekatkan pada frem depan.

Enjin dapat dihidupkan dengan mudah, tetapi saya perasan bunyi motosikal ini agak kuat berbanding motosikal lain. Bunyi ekzos pula senyap kerana patuh syarat emisi Euro4.

Tuil klac ringan dan enjin tidak mudah termati secara tidak sengaja apabila mula dihidupkan. Enjin menghasilkan pikap yang lancar apabila terotel diperah, dan motosikal menderu ke depan tanpa ada sebarang sentakan. Lembut dan lancar. Kelajuan maksimum dapat dicapai ialah 154kmj, dan masih ada ruang untuk terotel dipulas lagi.

Namun, apa menyeronokkan pasal Z310-T1 adaalah ketika melayan selekoh. Walaupun menggunakan tayar semi off-road berbunga tebal, jentera ini masih dapat melayan selekoh dengan tangkas. Pantang jumpa selekoh!

Motosikal juga sangat stabil dalam keadaan miring. Karakter ini memang di luar jangkaan kerana ciri pengendalian tangkas begini menyenangkan saya mencilok di tengah kesibukan bandar.

Fiil respons roda depan cukup baik yang memberikan ekstra keyakinan untuk ‘membaringkan’ motosikal ini setiap kali saya menerkam selekoh.

Tork pula memberikan manfaat pecutan keluar selekoh yang lancar dan agak kuat, termasuk memudahkan saya memotong kenderaan lain.

Antara kelebihan motosikal advencer adalah ketika menunggang dalam bandar disebabkan karakter jentera tinggi yang membolehkan kita melihat lebih jauh ke depan

Selain itu, rim jejari (spoke) dan suspensi dengan travel panjang membantu menyerap sebarang hentakan lubang dan bonggol jalan dengan untuk memberikan ekstra keselesaan atas pelana.

Sistem brek juga tajam melekat hingga membuatkan saya terkejut ketika membrek kali pertama. Saya juga sempat menguji ABS motosikal ini ketika terpaksa membrek kuat ketika hujan, dan ABS buatan Bosch ini nyata berkhidmat baik.

BACA >>> Tentang Sejarah dan Fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk Motosikal

Antara rungutan saya pasal Z310-T1 ialah panel meter TFT yang kurang jelas pada siang walaupun tahap kecerahan sudah dilaraskan paling terang. Panel meter juga boleh dipautkan kepada aplikasi telefon pintar menerusi Bluetooth, tetapi masih tidak dapat memainkan muzik, membuat panggilan telefon atau mengaktifkan navigasi.

Tetapi jangan risau, saya rasa Zontes pasti akan menambah baik perisian motosikal ini tidak lama lagi.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, menunggang Z310-T1 langsung tidak rasa seperti menunggang motosikal kelas ‘bajet’. Betul-betul rasa macam menunggang motosikal premium mahal. Tiada bahagian yang berbunyi bukan-bukan. Semua bahagian juga disambung rapi dan kemas tanpa ‘lurah’ dan ‘longkang’ yang menyakitkan mata.

Pada harga jualan cuma RM23,999, anda sebenarnya sudah dapat memiliki segala ciri premium disebutkan di atas, berserta tiga kotak barang aluminium untuk mengisi barang peribadi sebagai bekalan mengembara ke mana-mana destinasi dituju.

Memang berbaloi, beb! Jom baca lagi tunggang uji penulis kami di bawah ini.

BACA >>> #TunggangUji: Lepas Layan Zontes 310X, Baru Tahu Ada 5 Mitos Pasal Motor China

motosikal advencer Motosikal Adventure Tunggang Uji Zontes Zontes Z310-T1
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.