Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Tular: Polis Melaka Nafi, Iring VIP Bukan Punca Kemalangan
Auto Terkini

#Tular: Polis Melaka Nafi, Iring VIP Bukan Punca Kemalangan

Han OthmanBy Han Othman28/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS Melaka menafikan tuduhan pemilik akaun Facebook yang mendakwa kawalan lalu lintas untuk orang kenamaan adalah punca kemalangan pada 26 Februari lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya, JSPT terkesan dengan satu hantaran di Facebook, semalam, mengenai isu berkenaan dan siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 223 Akta Telekomunikasi dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan terhadap pemilik laman sosial tersebut.

Pemilik Facebook itu mendakwa insiden berlaku pada jam 9. 40 pagi kelmarin ketika dia dalam perjalanan ke bank dan terbabit kemalangan dengan motosikal dari arah sama di persimpangan lampu isyarat Krubong/Cheng di Melaka Tengah disebabkan tindakan polis trafik mengiringi orang kenamaan melalui jalan berkenaan.

BACA >>> #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas
BACA >>>  #Tular: Suspek Waja Terakhir Akhirnya Kena Tangkap, Ada 20 Rekod Jenayah dan Dadah

Berdasarkan siasatan, JSPT Melaka mengakui mendapat satu laporan kemalangan jalan raya dibuat pengadu dan disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59. Bagaimanapun, sehingga sekarang penunggang motosikal tersebut masih belum membuat laporan polis. Justeru usaha mengesan sedang dijalankan.

Hasan Basri berkata, kemalangan itu sebenarnya tiada kena mengena dengan sebarang tugas mengiring orang kenamaan seperti dituduhnya. Apa berlaku adalah anggota polis tersebut sedang membuat kawalan lalu lintas sempena perayaan Masimagam di Kuil Krubong, Tampoi.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku, anggota trafik sedang melancarkan pergerakan kenderaan dengan memberi laluan kepada pengangkutan membawa berhala (patung) dari arah bandar Melaka menghala ke arah Jalan Krubong.

Jadi tindakan dilakukan ada selaras Seksyen 21(1)(a) Akta Polis 1967 iaitu mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalu lintas. Malah, selaras dengan arahan Pengarah JSPT nombor 7 mengawal lalu lintas jika berlaku kesesakan.

Berikut status panas pemilik Facebook tersebut yang mencetuskan kemarahan nerizen;

Kisah semalam, abang ingin pergi ke bank untuk mengirim wang kepada mak, di simpang jalan, tiba-tiba ada polis yang mengiringi orang besar tiba-tiba menghalang jalan di saat lampu trafik berwarna hijau.

“Abang terkejut tetapi masih sempat membrek kereta dan berhenti. Namun ada penunggang motosikal tidak sempat berhenti dan melanggar kereta abang dari belakang.

“Pihak itu hanya melihat dan berlalu pergi. Begitulah cerita rakyat marhaen. Memberi ruang jalan kepada mereka yang besar. Abang tidak jadi ke bank sejurus kejadian sebaliknya ke balai polis untuk selesaikan urusan kemalangan. Kiriman wang kepada mak juga tertunda. Maafkan kami mak. Insya-Allah minggu depan pula.”

Auto Terkini JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) JSPT Melaka kemalangan polis Polis Melaka
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

06/07/2026
Auto Terkini

G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

06/07/2026
BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
Auto Terkini

Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

06/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

03/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam06/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.