• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas

#Tular: Suspek Waja Kena Cekup, Seorang Lagi Masih Bebas

February 26, 2021 By AO Leave a Comment

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS berjaya memberkas seorang daripada dua suspek yang cuba melarikan diri dengan bertindak ganas merempuh kenderaan lain di depannya.

Menurut polis, suspek berusia 30-an itu ditangkap sekitar jam 4 petang tadi apabila ditemui bersembunyi di tepi sebuah bangunan kosong dekat kawasan perkampungan kira-kira 8km dari lokasi kejadian. Seorang lagi rakannya masih diburu.

Petang tadi tular beberapa video di media sosial yang memaparkan aksi dua anggota polis menembak tayar sebuah kereta jenis Proton Waja kerana cuba melarikan diri dengan bertindak ganas melanggar beberapa kenderaan di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh, Selangor.

Suspek didapati bertindak agresif dan enggan menyerah diri walaupun kereta dipandunya ketika itu tersekat antara sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat.

BACA >>> #Tular: Pemandu Myvi Sondol Belakang Van Negatif Dadah, Kini Direman

Menurut saksi, kejadian berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari tadi apabila anggota polis tersebut cuba menahan Waja yang dinaiki dua lelaki. Bagaimanapun mereka enggan membuka pintu kereta dan menyerah diri, sebaliknya menekan minyak dan cuba merempuh lori dan Myvi di depan.

Ketika kejadian, banyak kenderaan sedang berhenti kerana lampu merah.

Bagaimanapun, penjenayah berjaya melarikan diri walaupun dalam keadaan tayar pancit. Kereta penjenayah kemudian dikesan ditinggalkan dekat MRT Damansara Damai. Dua suspek penjenayah itu dikatakan melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran sebelum salah seorang daripadanya ditemui dan ditahan polis.

BACA >>> #Tular: Polis Akan Siasat Pemandu Saga Himpit Pelajar Sekolah Memandu

waja-gengster-lari-polis-1
waja-gengster-lari-polis-2
waja-gengster-lari-polis-3
waja-gengster-lari-polis-4
waja-gengster-lari-polis-5

Artikel Berkaitan

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Lari dari Polis, Proton Waja, tular, Waja Gengster, Waja Lari dari Polis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Pegang Stereng Kereta dengan Betul?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • 5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran
    5 Sportbike 250cc Terbaik 2020 Pilihan ArenaPermotoran

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my