Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tular Kereta JPJ Lawan Arus, Siapa Nak Saman?
Auto Terkini

Tular Kereta JPJ Lawan Arus, Siapa Nak Saman?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/06/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INSIDEN kereta melawan arus jarang berlaku, tetapi kerap juga kita dengar atau baca sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Biasanya individu yang melakukan kesalahan itu berada di bawah pengaruh alkohol, mengambil dadah terlarang dan ada juga kes nyanyuk.

Namun, lain pula cerita kali ini apabila tular satu video di media sosial yang merakamkan aksi kereta milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melawan arus di lebuh raya. 

BACA >>> JPJ Tawar Diskaun 70 Peratus untuk Saman Boleh Kompaun!
BACA >>> Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak ‘Skuad JPJ‘

 

@halimieshahputradia buat takpa.. kita ikut nanti kena saman😅 #tiktokmalaysia #dugaanhidup #fyp #fypシ #mantappakabu👍🤪 #pkp03 #pkpsambunglagi @khairulazhar300♬ bunyi asal – Zulfadli 🇲🇾

Video dimuat naik @halimieshahputra di TikTok itu mendapat dua juta tontonan dan lebih 150,000 tanda like. Video sama juga dimuat naik @shahfahzan di Twitter dengan mendapat hampir 20,000 tontonan. 

Tidak dapat dipastikan lokasi dan masa kejadian berlaku. Ada netizen mendakwa video tersebut sudah lama dalam satu atau dua tahun lalu. Mengenai lokasi kejadian, ada mengatakan video tersebut dirakamkan di Lebuhraya Pantai Barat (WCE), dan ada pula kata di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Kiranya; dengar boleh, percaya jangan.

Salam @JPJ_Malaysia boleh ke macam ni https://t.co/WrQ8hZ3QZ9

— Go Get Vaccinated Gais (@pedoqpop) June 15, 2021

Apapun, rata-rata netizen meminta penjelasan JPJ Malaysia mengenai video tular berkenaan sama ada dibenarkan atau tidak. Ada juga bersangka baik mengatakan pemandu mungkin dalam situasi kecemasan. Setakat ini, tiada maklum balas daripada JPJ. 

Diharap JPJ Malaysia dapat segera membuat kenyataan dan menjalankan siasatan mengenai kejadian tersebut. Jika benar ada anggota melawan arus tanpa sebab munasabah, hukuman harusnya dijatuhkan kerana insiden sebegitu jelas mencalar kredibiliti dan kepercayaan rakyat terhadap agensi Kerajaan tersebut. 

BACA >>> Tular Ford GT Biru Isi Minyak di Johor, Rupanya Milik…
BACA >>> #Tular: Betul Ke Lan Pet Pet Cepuk Rider?

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia JPJ JPJ Lawan Arus lawan arus Lebuh Raya TikTok tular Twitter Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M2 Coupé RR Edition, BMW M 1000 RR dan S 1000 RR M2 Edition Untuk Afrika Selatan

    05/05/2026
    Auto Terkini

    ‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

    04/05/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

    04/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    05/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.