Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tular Ford GT Biru Isi Minyak di Johor, Rupanya Milik…
Auto Terkini

Tular Ford GT Biru Isi Minyak di Johor, Rupanya Milik…

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju31/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMINAT automotif Malaysia memang peka dengan sebarang kelibat dan foto model eksotik yang jarang dapat dilihat atas jalan negara ini. Jadi tidak hairanlah apa saja model tersebut, pasti  cepat tular di media sosial.

Seorang individu, dipercayai ahli Evo Club Official Group mendakwa terserempak Ford GT40 biru dengan plat pendaftaran GT40, sama seperti nama model tersebut. Pemilik kereta itu didapati sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak Shell di Johor Bahru.

BACA >>> Ford GT Heritage Edition Sempena Tribut Kejayaan 24 Hours of Daytona 1966

Foto itu tular hingga mendapat perhatian Tunku Panglima Johor (TPJ), Tunku Abdul Rahman yang kemudian mengesahkan supercar itu adalah miliknya selepas dihubungi portal The Vocket.

The Vocket melaporkan Ford GT40 itu ialah unit pertama tiba di Malaysia sekitar September tahun lalu dan TPJ sebelum ini pernah memuat naik foto model biru tersebut di IG Story. Perkongsian itu adalah sebagai tatapan peminat kereta eksotik Malaysia.

BACA >>> Ford Patenkan Teknologi Papar Maklumat Papan Iklan Jalan ke Skrin Kereta

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tunku_abdul_rahman

Selain TPJ, paduka kekandanya, Tunku Mahkota Johor (TMJ) memiliki dua unit Ford GT baharu yang dilaporkan tiba di Malaysia secara berasingan dengan seragam berbeza.

TMJ pernah mempamerkan Ford GT dengan seragam 68 Le Mans 2016 pada Disember tahun lalu. Menariknya, warna model itu sama seperti warna bendera Johor, iaitu merah, putih dan biru. Jentera tiga tona itu tertera angka 68 di depan cermin depan dan fender sisi selain teks GT pada kedua-dua pintu.

Pada Mac lalu, TMJ pernah berkongsi beberapa foto Ford GT dengan seragam Martini Racing menerusi IG Story. Jentera kedua itu berwarna putih dengan aksen merah-biru dan logo Martini Racing.

BACA >>> Elon Musk Sudah Beli Supercar Rare Seawal Usia 28 Tahun

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HRH Crown Prince of Johor (@hrhcrownprinceofjohor)


Pada Disember 2015, Ford pernah mendedahkan akan memperkenalkan model GT baharu dengan trenkuasa EcoBoost 600hp di Pameran Elektronik CES. Model itu ialah Ford GT40 yang mengambil ilham model klasik 1964 hingga 1969, dan cuma 105 unit dihasilkan sepanjang tempoh tersebut.

Ford menerima 6,500 permohonan awal daripada pembeli berpotensi menerusi laman FordGT.com dan 500 unit awal sudah diluluskan. Syarikat Blue Oval itu kemudian mengumumkan kenaikan kapasiti pengeluaran kepada 1,350 unit berbanding 1,000 unit untuk 2022.

 

BACA >>> Litar Antarabangsa Langkawi Akan Jadi ‘Nürburgring Timur’!
BACA >>> 7 Tip Pastikan Kanak-Kanak Selamat Dalam dan Luar Kereta
BACA >>> #SembangDeras: Kenapa Minyak Enjin Kereta Tak Boleh Guna untuk Motosikal?

SUMBER: The Vocket | HRH Crown Prince of Johor |TPJ Tunku Abdul Rahman

Auto Terkini Ford GT Ford GT Heritage Edition Ford GT40 Roda4 Supercar TPJ
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.