Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tular: Foto Toyota Vios (2023) Tersebar, Bakal Lancar Jumaat Ini [24 Februari 2023] ?
Auto Terkini

Tular: Foto Toyota Vios (2023) Tersebar, Bakal Lancar Jumaat Ini [24 Februari 2023] ?

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize22/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengeluarkan video teaser ‘Defy‘ yang memberikan gambaran bahawa sesuatu mengenai Toyota Vios 2023 akan terungkai pada 24 Februari ini.

Kehadiran Vios ke negara ini sudah boleh disahkan kerana kebocoran gambar secara tidak sengaja oleh pelakon Malaysia, Sean Lee yang sedang berada dalam penggambaran komersial untuk mempromosikan Toyota Vios AC100 2023.

Siri foto yang disiarkan oleh Sean Lee di halaman Instagramnya (sudah dipadamkan) menunjukkan model Toyota Vios AC100 2023 serba baharu dalam beberapa jenis penggambaran komersial. Daripada foto-foto itu, kita dapat mengesahkan bahawa Malaysia tidak mendapat Yaris Atix dari Thailand, sebaliknya model yang sama seperti orang di Indonesia.

Sedan segmen B itu kini dibina di atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), seperti Perodua Axia, Daihatsu Ayla dan Toyota Agya. Model ini telah dilancarkan di Indonesia pada Oktober 2022 selepas Thailand (Ogos 2022).

Jika nak dibandingkan dengan model lalu, Vios baharu ini lebih besar dengan 5mm lebih panjang, 10 mm lebih lebar dan 5mm lebih tinggi sementara jarak antara rodanya turut meningkat 70mm. Ini kerana reka bentuk rim ‘Machining Alloy’ 17 inci yang sama seperti yang ditawarkan di Indonesia dapat dilihat pada Vios terbabit. Ini juga bermakna yang Toyota Vios 2023 di Malaysia kemungkinan akan mendapat enjin 1.5 liter 2NR-VE yang dipadankan dengan D-CVT.

Di Indonesia, Vios dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder aspirasi semula jadi 2NR-VE 1.5 liter dengan Dwi VVT-i yang menghasilkan 106 PS dan tork 138 Nm. Mungkin juga gambar yang tersebar ini merupakan salah satu strategi pemasaran Toyota untuk membuatkan orang ramai bercakap mengenai Toyota Vios 2023 ini.

Sama-sama kita nantikan!

BACA >>> Toyota Vios (2023) Serba Baharu Lancar di Indonesia, Harga Mula RM95.9k!
BACA >>> Thailand Lancar Toyota Vios (2023) Serba Baharu, 4 Varian, Harga Mula RM67k!

AC100 2023 D-cvt DNGA Sean Lee Toyota Vios (2023) UMW Toyota Motor (UMWT) Yaris Ativ
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.