Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Triumph Lancar Dua Scrambler 1200 (2019) – XC dan XE
Roda2

Triumph Lancar Dua Scrambler 1200 (2019) – XC dan XE

Han OthmanBy Han Othman26/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS beberapa video dan foto acah disiarkan, Triumph akhirnya memperkenalkan wajah penuh Scrambler baharu jenama British itu yang tampak lebih mengancam berbanding Street Scrambler. Masih mengekalkan DNA Triumph, model baharu kali ini tampil cukup bergaya dan mampu menarik minat sesiapa saja yang memandang. Menariknya, bukan satu, tetapi dua varian Scrambler diperkenalkan, iaitu 1200 XC dan 1200 XE.

BACA >>> Triumph Bonneville Bobber Black, Speedmaster dan Tiger 800 Lancar di Malaysia

Scrambler 1200 XC lebih kepada jentera dwi-guna yang menumpukan kepada pengguna jalanan, manakala Scrambler 1200 XE dibangunkan sebagai mesin off-road yang liar dan buas, juga ciri yang tidak dimiliki Street Scrambler. Apa yang unik, penampilan Scrambler 1200 XE lebih funky dengan tangki dua tona berserta strip hitam, berwarna biru cerah dan putih, sebaliknya versi jalanan, 1200 XC bertangki hitam dan hijau yang masing-masing ada  strip halus.

ENJIN DITALA SEMULA

TRIUMPH SCRAMBLER 1200 XC (hitam)
TRIUMPH SCRAMBLER 1200 XC (hijau)
TRIUMPH SCRAMBLER 1200 XE (biru)
TRIUMPH SCRAMBLER 1200 XE (putih)

Kedua-dua varian dibekalkan enjin 1200cc Parallel Twin yang ditala semula, sama seperti digunakan Bobber, Bobber Black dan Speedmaster, dengan kuasa kuda 88hp @ 7,400rpm dan tork 110Nm @ 3,950Nm, cukup memuaskan jika mahu dibandingkan barisan model tua yang berprestasi hambar.

Frem Scrambler 1200 baharu ini turut direka semula yang bukan saja mampu menampung kapasiti enjin, tetapi juga menyerlahkan profil jentera yang lebih tinggi. Tiada angka mengenai jarak kelegaan tanah dimaklumkan, tetapi tinggi pelana XE ialah 870mm (berbanding Street Scrambler 792mm), sedikit tinggi. Sistem suspensi menggunakan fork USD boleh laras Showa dengan travel 250mm di depan dan absorber Öhlins 250mm di belakang.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Scrambler yang Perlu Anda Tahu

Keseluruhannya, Triumph nampaknya melakukan penambahbaikan yang signifikan berbanding saudaranya yang lebih kecil. Derumah enjin khabarnya kedengaran agak lunak. Apapun, kita tunggu pelancaran rasmi pada Disember nanti.

SPESIFIKASI

TRIUMPH SCRAMBLER 1200

ENJIN: Penyejukan cecair, 8 injap, SOHC, Parallel Twin sudut engkol 270°
SESARAN: 1200cc
GEREK x LEJANG: 97.6 x 80.0mm
NISBAH MAMPATAN: 11.0:1
KUASA MAKSIMUM: 89hp @ 7,400rpm
TORK MAKSIMUM: 110Nm @ 3,950rpm
SISTEM BAHAN API: Suntikan bahan api elektronik sekuensial multipoin injection
KLAC: Klac bantuan multiplat, basah
KOTAK GEAR: 6-kelajuan
SUSPENSI: DEPAN – Fork USD Showa ⌀45mm boleh laras (XE-⌀47mm), travel 200mm (XE-250mm); BELAKANG – Öhlins boleh laras piggy-back RSU dengan spring kembar, travel 200mm (XE-250mm)
TINGGI PELANA: 840mm (XE-870mm)

GALERI
roda2 scrambler Triumph Triumph Scrambler Triumph Scrambler 1200 XC Triumph Scrambler 1200 XE Triumph Street Scrambler
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.