Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Triton Lonjak Pasukan Mitsubishi Ralliart Sebagai Juara AXCR 2022
Auto Terkini

Triton Lonjak Pasukan Mitsubishi Ralliart Sebagai Juara AXCR 2022

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEJUARAAN rali rentas negara, Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022 yang bermula di Buriram, Thailand pada 21 November lalu dan tamat di Angkor Wat, Kemboja pada 26 November lalu.

Jika masih ingat, Mitsubishi Motor Corporation (MMC) pernah mengumumkan tiga nama pelumba untuk acara itu, iaitu Rifat Sungkar dari Indonesia, dan dua pelumba Thailand, Chayapon Yotha dan Sakchai Hantrakul.

BACA >>> Mitsubishi Ralliart Team Selesai Uji Triton di Thailand, Siap Sedia Sertai Lumba Rali AXCR
BACA >>> Mitsubishi Ralliart Team Umum Tiga Pelumba AXCR 2022, Trak Pikap Triton Sedia Berentap!

Rifat digandingkan dengan jurupandu Thailand, Chupong Chaiwan. Chayapon pula dibantu Peerapong Sombutwong (Thailand), manakala Sakchai digandingkan dengan Kittisak Klinchan (Thailand).

AXCR 2022 melibatkan saingan perlumbaan enduran dengan jarak perjalanan 1,524km, termasuk ujian masa untuk 6 Special Stage (SS) sepanjang 637km.

Chayapon dan jurupandu, Peerapong dalam trak Mitsubishi Triton menamatkan perlumbaan di tempat pertama (kategori empat roda) dengan catatan masa keseluruhan 8 jam 22 minit 42 saat.

Rifat pula mengakhiri saingan di tempat kelima dengan perbezaan masa 17 minit 14 saat di belakang Chayapon.

KEPUTUSAN KESELURUHAN KATEGORI AUTO AXCR 2022

  • Pertama: Chayapon Yotha (Mitsubishi Triton) – 8:22:42
  • Kedua: Jaras Jaengkamolkulchai (Toyota Hilux Revo) – 8:28:29
  • Ketiga: Ikuo Hanawa (Toyota Fortuner) – 8:28:34
  • Keempat: Takuma Aoki (Toyota Fortuner) – 8:38:26
  • Kelima: Rifat Sungkar (Mitsubishi Triton) – 8:39:56
  • Keenam: Tawee Neanna (Isuzu D-Max) – 8:51:24

APA BERLAKU

Chayapon yang memandu Mitsubishi Triton #105 menamatkan perlumbaan di tempat kelima untuk SS1 pada hari pertama. Dia kemudian mencatat masa terpantas SS2 pada hari kedua saingan yang membolehkan pelumba Thailand itu mendahului kedudukan teratas.

Dia menamatkan SS3 di tempat ketujuh, SS4 (keenam), SS5 (kelima)  dan SS6 (kelima). Sebenarnya, pencapaian SS2 banyak membantu Chayapon bergelar juara.

Rifat dengan Mitsubishi Triton #118 menamatkan saingan SS1 di posisi keenam. Bagaimanapun trak pikap dipandunya berdepan masalah tayar bocor dan casis rosak pada saingan SS2 hingga memaksa dia menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

Pencapaian Rifat seterusnya adalah keempat untuk SS3, SS4 (kelima), SS5 (keempat) dan SS6 (ketujuh). Sakchai dengan Mitsubishi Triton #119 pula disahkan positif Covid-19 selepas SS1 dan terpaksa pulang awal.

BACA >>> Mitsubishi XFC Concept, SUV Subkompak Bakal Saingi Proton X50, Perodua Ativa
BACA >>> Jepun Dapat Mitsubishi Outlander Black Edition (2023), Harga Mula RM161k
BACA >>> Mitsubishi Xpander Cross (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM93k!

Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022 Chayapon Yotha Chupong Chaiwan Kittisak Klinchan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) Peerapong Sombutwong Rifat Sungkar Sakchai Hantrakul
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.