Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Trapo Malaysia Perkenal Tiga Produk Naik Taraf: Karpet Kereta, Dashcam dan Filem PPF
Aksesori

Trapo Malaysia Perkenal Tiga Produk Naik Taraf: Karpet Kereta, Dashcam dan Filem PPF

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam05/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Trapo lancar tiga produk terbaharu di Terra, PJ
JENAMA aksesori automotif terkemuka Asia Tenggara, Trapo dalam acara Smart. Safe. Sustainable. di Terra, Petaling Jaya hari ini melancarkan tiga produk utama Trapo dinaik taraf seperti karpet kaki, kamera pemuka (dashcam) dan filem pelindung cat (PPF).

Trapo turut menandatangani lima memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan visi jenama itu dalam membentuk mobiliti masa depan yang lebih selamat, bersih dan pintar.

Logo Trapo

1. Naik Taraf Karpet Kereta Trapo Classic Mark V, Trapo Eco

Karpet kereta Trapo Classic Mark V dan Trapo Eco
Karpet kereta Trapo Classic Mark V dan Trapo Eco

Produk ikonik karpet kereta Trapo Classic dan Trapo Eco kini diperkenalkan semula dengan inovasi menyeluruh:

  • Trapo Classic Mark V dilengkapi teknologi anti-gelincir RealGrip 2.0 dan permukaan CloudFlex untuk keselesaan tapak kaki. Alur lebih dalam direka untuk memerangkap lebih kotoran, memudahkan cucian dan menggandakan ketahanan berbanding versi lama.
  • Trapo Eco pula hadir dengan lapisan diperkukuh dan teknologi RealGrip sebagai pilihan bernilai tinggi untuk pemandu harian yang mahu produk selamat, tahan lama dan mampu milik.

2. Perlindungan Tambahan dengan Filem Trapo PPF PRO+

Filem PPF PRO+
Filem PPF PRO+
Filem Trapo PPF PRO+
Filem Trapo PPF PRO+

Trapo turut memperkenalkan varian filem PPF baharu, 8.5mil dan 9.5mil yang menawarkan ketahanan lebih tinggi dan perlindungan jangka panjang. Berikut pilihan baharu ditawarkan:

  • Gloss Black – Kesan berkilat untuk bahagian trim
  • Matte Clear – Tekstur kusam moden tanpa ubah warna cat asal

Filem PPF itu dihasilkan daripada bahan poliuretana termoplastik (TPU) dari Jerman, pelekat dari AS dan salutan teknologi Jepun dengan waranti produk hingga 10 tahun, bergantung ketebalan filem.

3. Trapo Dashcam i-Sight S650 yang Lebih Bijak, Selamat

Dashcam Trapo i-Sight S650
Dashcam Trapo i-Sight S650
Dashcam Trapo i-Sight S650
Dashcam Trapo i-Sight S650

Kamera pemuka terbaharu, Trapo Dashcam i-Sight S650 hadir dengan spesifikasi terbaik untuk rakaman jelas dan keselamatan maksimum seperti:

  • Rakaman 2K dan 1080P HDR dwi-saluran
  • 60 bingkat per saat (FPS) untuk video yang lancar
  • Mod parkir dengan pengesan pergerakan
  • Pandangan malam Super Night Vision, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), navigasi GPS, dan WiFi
  • Paparan skrin IPS 2.4 inci dan arahan suara pintar

Kamera pemuka itu memberikan prestasi unggul siang atau malam yang sesuai untuk pemandu yang mementingkan bukti visual.

Ekosistem Trapo: Solusi Jangka Panjang

Ekosistem Trapo

Trapo menekankan komitmen jangka panjang melalui Trapo Ecosystem, iaitu kitaran penuh dari kajian pasaran hingga pembangunan produk, perkhidmatan dan pendidikan pengguna.

Setiap produk Trapo direka khas, dan diuji untuk kegunaan tempatan serta disokong perkhidmatan, termasuk kepakaran bagi memastikan kepercayaan berterusan dari komuniti pemandu.

Lima MOU Strategik Dimeterai

Trapo MoU NICK PPF
Trapo MoU MITA Rubber
Trapo MoU KYM Holding
Trapo MoU Metro Driving Academy

Trapo turut menandatangani lima memorandum persefahaman (MoU) bersama rakan strategik utama dalam bidang kelestarian, pembuatan dan pendidikan pemandu:

  • NICK PPF – Perlindungan permukaan automotif
  • MITA Rubber – Inovasi getah mampan
  • KYM Holding – Pengilangan pintar berskala
  • Metro Driving Academy – Pendidikan keselamatan pemandu
  • Hasrat Meranti Sdn Bhd (HM) – Rakan rasmi pembungkusan Trapo

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Trapo, Tzong Lee berkata;

CEO Trapo, Tzong Lee

Smart. Safe. Sustainable. bukan sekadar tema, tapi komitmen kami.

“Kami bukan sekadar melancarkan apa yang baharu, tapi apa akan datang – solusi masa depan yang memenuhi jangkaan moden mengenai keselamatan, kelestarian dan inovasi.”

Trapo lancar tiga produk terbaharu di Terra, PJ
Pempengaruh Space Dollah
Trapo lancar tiga produk terbaharu di Terra, PJ
Karpet kereta Trapo Classic Mark V dan Trapo Eco
Karpet kereta Trapo Classic Mark V dan Trapo Eco
Trapo lancar tiga produk terbaharu di Terra, PJ
Dashcam Trapo i-Sight S650
Dashcam Trapo i-Sight S650
Dashcam Trapo i-Sight S650
Filem Trapo PPF PRO+
Filem Trapo PPF PRO+
Filem PPF PRO+
Filem PPF PRO+
Filem Trapo PPF PRO+
Filem Trapo PPF PRO+
CEO Trapo, Tzong Lee
Filem Trapo PPF PRO+
Filem Trapo PPF PRO+
Filem Trapo PPF PRO+
Trapo MoU NICK PPF
Trapo MoU Metro Driving Academy
Trapo MoU KYM Holding
Trapo MoU MITA Rubber
aksesori dalaman kereta aksesori kereta Dashcam Karpet Kereta paint protection film ppf Trapo TRAPO Malaysia
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    Kereta LEGO Technic 1:1 Koenigsegg Sadair’s Spear Pecah Rekod Di Goodwood

    26/06/2026
    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    08/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.