Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Transformasi Wajah Pejabat JPJ Bermula Tahun ini?
Auto Terkini

Transformasi Wajah Pejabat JPJ Bermula Tahun ini?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/01/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUSULAN kunjungan mengejut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Putrajaya pada awal September lalu membawa impak positif kepada orang ramai.

Pada ketika itu, Shamsul Azri membangkitkan dua masalah yang membelenggu orang awam semasa mereka berkunjung ke premis agensi di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk melakukan urusan masing-masing.

Dua masalah itu ialah proses kerja terlalu lama dan ruang menunggu untuk orang awam boleh dipertingkat termasuk penyediaan tempat duduk dan kipas.

Susulan teguran Shamsul Azri dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, JPJ mengambil inisiatif awal dengan melanjutkan waktu kerja selama satu jam di beberapa lokasi cawangan mereka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semalam merasmikan sebuah premis baharu susulan teguran Shamsul Azri di Putrajaya dan menjenamakan semula cawangan itu kepada Pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Penjenamaan semula bukan sekadar meningkatkan imej tetapi dibuat memandangkan pejabat baharu itu adalah setanding atau lebih tinggi berbanding pejabat JPJ di negeri-negeri.

Premis baharu itu mengetengahkan imej pejabat seperti berikut:

  • Konsep lebih moden seperti yang boleh dilihat di bank-bank terkemuka negara.
  • Tempat duduk lebih selesa dan lebih banyak kerusi disediakan.
  • Tiada lagi penghadang antara petugas dan pelanggan demi memudahkan komunikasi serta serahan dokumen.
  • Orang ramai tidak lagi perlu berdiri semasa berurusan dengan kakitangan di kaunter (ada kerusi disediakan).
  • Tambahan barisan kios layan diri di ruang foyer bangunan Pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Urus niaga ditingkatkan dari 27 urusan kepada 106 urusan di pejabat baharu itu.
  • Teknologi JPJ Assist juga disediakan di premis tersebut untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pelawat.
  • Kelengkapan iPad disediakan untuk pengguna melakukan urusan secara maya.
  • Lampu pencahayaan lebih terang dengan dinding berkaca untuk menerangi keseluruhan ruang pejabat.

Loke berkata:

Ini akan membawa wajah dan pendekatan baharu untuk servis kaunter JPJ. Dan secara berfasa-fasa, pejabat-pejabat JPJ di seluruh negara akan ditambah baik menggunakan konsep baharu seperti ini yang lebih mesra pelanggan.

“Ada pegawai dan kakitangan akan membantu mereka (orang ramai). Ada kios untuk pelawat melakukan urusan secara sendiri. Kita akan sediakan iPad untuk pelanggan melakukan self service dan kaunter yang lebih mesra pelanggan.

“Kalau kaunter konvensional JPJ, pelanggan perlu berdiri berurusan dengan (petugas) kaunter dan (dipisahkan) dengan tembok dan kaca. Konsep baharu ini kita lihat pelanggan duduk dan bertentangan dengan petugas kaunter JPJ untuk memudahkan urusan.

“Ini konsep baharu kita nak bawa kepada kaunter servis JPJ dan saya harap ini dapat diperluaskan ke seluruh negara supaya kita dapat bawa satu nafas baharu. Untuk membuatkan rakyat berasa apabila mereka datang ke JPJ, mereka dilayan dengan mesra.”

Beliau tidak mendedahkan kos untuk pembukaan (pemindahan) pejabat baharu itu tetapi menyatakan kerja-kerja menyiapkan berlangsung kira-kira empat bulan.

Jelasnya, ada beberapa lokasi pejabat yang dikenali dengan jumlah pelawat tinggi sudah dikenal pasti dan akan diberi keutamaan transformasi terlebih dulu.

“Kita akan membuka satu lagi pejabat di Nilai, Negeri Sembilan dalam masa terdekat supaya dapat selesaikan kesesakan di kawasan terdekat seperti Bangi dan Kajang. Kita tahu JPJ Bangi adalah yang paling sibuk sebab berada di lot kedai.

“Jadi kita harap dapat memberi lebih banyak pilihan (pejabat dan cawangan) kepada pengguna supaya tidak terlalu sesak di satu-satu tempat.”

Anthony Loke autoterkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kaunter JPJ
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 โ€“ 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.