Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Trak Pikap Paling Macho – Mitsubishi Triton Quest Lancar! Harga RM79,890
Auto Terkini

Trak Pikap Paling Macho – Mitsubishi Triton Quest Lancar! Harga RM79,890

Abang GYLBy Abang GYL14/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan satu lagi varian trak pikap baharu, Mitsubishi Triton Quest yang dijual pada harga RM79,890.

Triton Quest ialah varian paling asas dalam famili trak pikap Mitsubishi dan juga trak pikap paling mampu milik jenama itu selain didatangkan dengan waranti 5 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dulu).

Berbanding Triton sedia ada, model Quest ini direka dengan praktikaliti terbaik yang memudahkan dipunggah naik dan turun kerana jarak tinggi lebih rendah. Trak pikakp ini juga didatangkan dengan kotak simpanan rahsia pada kerusi belakang.

BACA >>> Mitsubishi Triton Absolute Tampil Ranggi di Bangkok, Mahu Cabar Ranger Raptor?

Ruang storan pula, Triton Quest hadir dengan muatan sehingga 970kg, menjadikan ia ruang kargo terbesar dalam kategori pemanduan rendah. Aspek mekanikal diperkasakan enjin diesel 2.5L pengecas turbo berkuasa 108hp dan tork 200Nm, manakala radius belokan 5.7 meter.

Paling menarik, Triton Quest dilengkapi ciri keselamatan terkini seperti:

  • 2 beg udara SRS
  • Teknologi Evolusi Keselamatan Impak Diperkuat (Reinforced Impact Safety Evolution, RISE)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Sistem pemasaan elektronik ETACS
  • Tali keledar dengan pra-tegang
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

Selain itu, Triton Quest turut menambah ciri paparan multi-info (MID) untuk memaparkan maklumat penting kenderaan seperti jarak perjalanan, peringatan servis dan tahap penggunaan bahan api.

Hanya didatangkan dalam warna putih, Triton Quest versi manual import (CBU) dari Thailand ini sudah pun berada di pengedar sah Mitsubishi. Serius, ini antara trak pikap paling macho di Malaysia setakat ini!

BACA >>> Lepas Pandu Uji Lebih 250km, Ini Pandangan Abang Tentang Mitsubishi Triton (2019)

GALERI
2019 Mitsubishi Triton Quest enjin Mitsubishi Triton Quest harga Mitsubishi Triton Quest Mitsubishi Triton Quest Mitsubishi Triton Quest 2019 trak pikap Mitsubishi Triton Quest
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    17/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

    17/03/2026
    Anthony Loke Siew Fook
    Auto Terkini

    MOT Perkenal Garis Panduan Baharu Kenderaan ‘De-Controlled’, Pikap

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.