• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Triton Absolute Tampil Ranggi di Bangkok, Mahu Cabar Ranger Raptor?

Mitsubishi Triton Absolute Tampil Ranggi di Bangkok, Mahu Cabar Ranger Raptor?

March 28, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Corporation (MMC) tampak yakin kebelakangan ini. Keyakinan itu disumbangkan sambutan menggalakkan yang diberikan kenderaan pelbagai guna (MPV) subkompak, Xpander dan kemudian trak pikap, Triton baharu.

Apa yang ada pada kedua-dua model itu ialah penggayaan semula jenama Mitsubishi melalui rekabentuk Dynamic Shield. Gaya tersebut sebenarnya bukan baharu dan sudah digunakan model lain seperti kenderaan utiliti sukan (SUV), Outlander. Cuma apa yang berbeza ialah definisi baharu dan keharmonian rekabentuk secara menyeluruh.

Mitsubishi sebenarnya bukan tentang rekabentuk selamat dan malar segar, tetapi identitinya lebih kepada kereta yang ranggi dan berketerampilan seperti Lancer Evolution, Mirage Asti, Pajero generasi terdahulu dan Galant. Melalui Xpander, Eclipse Cross dan Triton baharu, Mitsubishi seakan menemui semula sentuhan asal, dan hasilnya sudah mula dituai.

BACA >>> 16 Fakta Pantas - Mitsubishi Xpander (Versi Indonesia) + 61 Foto Dalaman, Luaran

TRITON ABSOLUTE YANG RUGGED

Menambah perisa tersebut ialah model konsep Triton Absolute yang ditayangkan pada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2019. MMC sendiri dalam siaran media mengatakan Triton Absolute ialah lambang kepada imej rugged, lasak dan tanpa kompromi trak pikap tersebut. Kami harap MMC sentiasa ingat akan kata kunci rugged dan tidak lagi membina kereta dengan imej lemah lembut.

Triton Absolute tampil dengan manifestasi tema Absolutely Beyond Tough yang membawa imej off-road seperti kit pelindung badan baharu, plak bawah enjin depan dan belakang dengan kemasan merah, pintu kargo belakang baharu dan lampu binaan khas.

Imej lasak Triton Absolute diserlahkan menerusi tayar off-road lebar dengan badan ditinggikan hingga 50mm untuk ekstra kelegaan bumi dan ruang redaman suspensi. Konsep lasak dan berketerampilan ini dilihat dapat memenuhi selera pengguna pikap serata dunia selain menunjukkan ketahanan dan kemampuan dipandu ke mana saja yang dimiliki Triton baharu.

Mitsubishi tidak menyatakan apa-apa mengenai trenkuasa, sama ada sudah dinaik taraf atau tidak. Ideanya, Triton juga boleh tampil lebih ranggi dan rugged.  Tambahan pula, Ford juga sudah menaikkan standard pikap dengan memperkenalkan Ranger Raptor yang  berkuasa tinggi ibarat kereta sport.

Siapa tahu jika satu hari nanti Mitsubishi tampilkan Triton dengan enjin lebih berkuasa untuk menyaingi Ranger Raptor? Peminat mungkin tidak ditawarkan Lancer Evo dalam masa terdekat, tetapi apa salahnya jika Mitsubsihi keluarkan Triton Evo sebagai pengubat hati. Kami fikir ini idea yang bagus.

BACA >>> Mitsubishi ASX Facelift Tampil Lebih Mengancam Dengan Dynamic Shield

GALERI
194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BIMS, BIMS 2019, Mitsubishi, Mitsubishi Triton, Mitsubishi Triton Absolute, Pameran Motor Antarabangsa Bangkok, Pameran Motor Antarabangsa Bangkok 2019, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my