Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Trak Pikap Ford, Sedan Jepun Paling Banyak Kena Curi di Amerika Sepanjang 2020
Auto Terkini

Trak Pikap Ford, Sedan Jepun Paling Banyak Kena Curi di Amerika Sepanjang 2020

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BIRO Jenayah Insurans Kebangsaan (NICB) baru saja mendedahkan laporan tahunan kenderaan dicuri di Amerika Syarikat (AS) sepanjang 2020 dengan data menunjukkan berlaku kenaikan kes 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Laporan dipanggil Hot Wheels 2020 – NICB Annual Auto Theft Report mendedahkan trak pikap menjadi kenderaan paling banyak dicuri sepanjang tahun lalu membabitkan empat jenama iaitu Ford, Chevrolet, GMC dan Dodge.

Selain trak pikap, sebanyak tiga jenama kereta Jepun iaitu Honda, Toyota dan Nissan turut tersenarai dalam laporan berkenaan. Berikut senarai ranking jenama dan model kenderaan dicuri sepanjang tahun lalu di AS:

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem Imobilizer Cegah Kereta daripada Dicuri?

  • Trak pikap Ford F-Series menjadi model paling laris di AS dan juga model paling banyak dicuri dalam tempoh dua tahun (2019 dan 2020).
  • Sebanyak 44,014 unit Ford F-Series dicuri, meningkat 13 peratus berbanding 2019.
  • Trak pikap Ford keluaran 2006 menjadi kenderaan paling banyak dicuri.
  • Chevrolet, termasuk model Silverado juga menjadi model kegemaran pencuri dengan jumlah kecurian 40,968 kes, iaitu peningkatan paling banyak, 25.7 peratus berbanding 2019.

BACA >>> Proton Wira Paling Banyak Dicuri Sepanjang Jan-Jun 2019

PUNCA KENAIKAN KES CURI

Pandemik Covid-19
  • Perintah berkurung, aktiviti ekonomi ditutup dan kemelesetan ekonomi disebabkan krisis kesihatan Covid-19 dilihat sebagai penyebab kenaikan kes.
Faktor Pemilik
  • Ramai pemilik cuai dan mengambil mudah soal keselamatan, termasuk tidak mengunci pintu kenderaan dan meninggalkan kunci dalam kenderaan.

BACA >>> Nissan Malaysia Menang Anugerah Selepas Jualan Terbaik Nissan Global 2020

HONDA
  • Menjadi jenama Jepun dengan model paling banyak dicuri di AS. Ada tiga model menduduki senarai ranking teratas, iaitu Civic, Accord dan CR-V. Jumlah model Honda dilaporkan dicuri 77,267 unit.
  • Civic dan Accord masing-masing menduduk ranking ketiga dan keempat, manakala CR-V di tangga ke sembilan.
  • CR-V mencatat kenaikan kes kedua tertinggi, iaitu 21.9 peratus berbanding 2019.
  • Civic dan Accord pula mengalami peningkatan kecil, masing-masing 2.8 peratus dan 0.2 peratus.
  • Data mendapati pencuri gemar melarikan Civic keluaran 2000, Accord (1997) dan CR-V (2000).
TOYOTA
  • Ada dua model tersenarai dalam ranking Hot Wheels 2020, iaitu Camry dan Corolla, dengan jumlah terkumpul 29,430 unit.
  • Model paling hangat hilang ialah Corolla (2020), 12,515 unit dan Camry (2019), 16,915 unit.
  • Camry mencatatkan kenaikan 8 peratus kes kecurian berbanding 2019, manakala Corolla naik 3.1 peratus.
NISSAN
  • Hanya model Altima menduduki ranking keenam dalam 10 model paling banyak dicuri di AS dengan catatan 14,668 unit, membabitkan model 2020, menandakan kenaikan 9.8 peratus berbanding tahun lalu.

BACA >>> Mitsubishi No 3 dalam Kajian Kualiti Awalan JD Power di Amerika!
BACA >>> Suzuki Malaysia Dedah 3 Model 150cc Bakal Masuk Pasaran, Ada Belang

SUMBER: NICB

Auto Terkini Biro Jenayah Insurans Kebangsaan (NICB) curi kereta Data kecurian kenderaan 2020 Honda Kereta Paling anyak Dicuri di Amerika Nissan Roda4 Toyota
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.