• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Wira Paling Banyak Dicuri Sepanjang Jan-Jun 2019

Proton Wira Paling Banyak Dicuri Sepanjang Jan-Jun 2019

June 26, 2019 By AO Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON Wira
nampaknya bakal kekal sebagai kereta paling banyak dicuri buat kali keempat berturut-turut sejak 2016 berdasarkan statistik keluarkan Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC).

Sebanyak 127 unit Wira dilaporkan hilang sepanjang Januari hingga Jun tahun ini, disusuli Proton Iswara (82 unit) dan Perodua Kancil (70 unit). Di kedudukan keempat paling banyak dicuri ialah model trak pikap, Toyota Hilux, iaitu 52 unit dilaporkan hilang akibat dicuri.

BACA >>> Dulu Wira, Kini Persona, Chris Ok Saja Pandu Proton Sebab Rasa Berbaloi

Model seterusnya mengikut ranking yang menjadi mangsa jenayah kecurian ialah Perodua Myvi (49), Proton Waja (41), Proton Saga (40), Nissan Vannette (36), Honda Civic (28) dan Honda City (24).

Statistik dikeluarkan VTREC ini mendedahkan 35,953 unit kenderaan dicuri sepanjang tahun lalu, berkurangan 15 peratus berbanding 2017 yang juga menurun 49 peratus secara keseluruhan dalam tempoh lima tahun lalu.

Tahun lalu, sebanyak 250 unit Wira dilaporkan hilang, menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM). Berdasarkan angka terbaharu VTREC, jumlah kecurian Wira tahun ini dijangka tidak banyak berubah dan mungkin lebih banyak berbanding tahun lalu.

BACA >>> Proton Wira Pertahan Ranking Kereta Nombor Satu Paling Diburu Pencuri Malaysia Sepanjang 2018

Artikel Berkaitan

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Kereta Paling Banyak Dicuri di Malaysia 2019, Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC), Perodua Kancil, Proton, Proton Wira, Toyota Hilux

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
  • #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Fork Terbalik @ USD yang Perlu Anda Tahu
  • #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
    #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my