Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Vios Sports Edition Kini Sedia Ditempah – Harga RM85,300
Auto Terkini

Toyota Vios Sports Edition Kini Sedia Ditempah – Harga RM85,300

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENJELANG kemeriahan festival perlumbaan, Toyota Gazoo Racing (TGR) Vios Challenge bulan hadapan, UMW Toyota Motor melancarkan model edisi khas, Toyota Vios Sports Edition yang ditampilkan dalam versi serba sporty dengan imej trek.

Diilhamkan daripada kereta lumba TGR Vios Challenge, penampilan Vios Sports Edition tidak banyak berbeza dengan kereta lumba versi trek, cuma model pengeluaran ini sah bergerak atas jalan biasa. Jadi tidak perlu bimbang dikejar abang polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) asalkan tidak melanggar peraturan lalu lintas sedia ada.

Kit aero dengan spoiler belakang berserta rim aloi hitam jelas memberikan rupa agresif yang mampu membuatkan sesiapa saja menoleh dua kali, manakala strip yang menghiasi sekeliling badan juga saling tidak ubah seperti kereta-kereta lumba.

KUALITI PEMANDU DIPERTINGKAT

Toyota Vios ChallengeAntara kelainan lain diserlahkan ialah Vios Sports Edition menjanjikan kualiti pengendalian yang lebih tajam bersama penggunaan sistem suspensi sport, sekali gus merendahkan pusat graviti (CoG) kepada 27mm. Kini, Vios Sports Edition tampil lebih lowered, manakala kesan olengan badan ketika membelok diminimumkan, serta pada masa sama kestabilan pemanduan ditingkatkan.

Imej sporty juga dapat dilihat pada dalaman kereta menerusi rekabentuk eksklusif pada kerusi fabrik sport. Rekabentuk dengan lencana edisi Sports turut digunakan pada karpet lantai, manakala tombol gear juga daripada jenis sporty, termasuk sil pintu diserikan plat bercahaya dengan iluminasi ambar yang memberikan perlindungan pada badan dan menyempurnakan imej sporty.

Iluminasi ambar juga ada pada ruang lantai kaki depan bagi meningkatkan kesan sporty selain menawarkan kejelasan yang lebih baik.

Dijual pada harga RM85,300 (tanpa insurans), Vios Sports Edition didatangkan dengan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, tertakluk terma dan syarat. Selain itu, pelanggan yang membeli model ini juga akan menerima cenderamata Sports Edition berupa kemeja polo TGR yang tertera nama sendiri, topi dan bekas air tumbler.

Tempahan boleh dibuat di semua bilik pameran Toyota seluruh negara. Bagi mengetahui lokasi tempahan, sila kunjungi Toyota.com.my.

Auto Terkini Roda4 Toyota Toyota Vios Toyota Vios Sports Edition UMW Toyota Motor
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.