Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Vios Challenge 3.0: Nabil Ahmad Naik Podium Juara Promotional!
Auto Terkini

Toyota Vios Challenge 3.0: Nabil Ahmad Naik Podium Juara Promotional!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEBIH 10,000 orang pengunjung hadir ke acara Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival dan siri perlumbaan Toyota Vios Challenge musim ketiga yang berlangsung dua hari di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Ini kali pertama acara tersebut menjadi kawasan lapangan terbang itu, yang dulu dikenali sebagai  Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sebagai trek lumba. Litar sepanjang 1.96km nyata tidak mengecewakan apabila pelumba setiap kelas perlumbaan dapat menamatkan saingan masing-masing tanpa adegan tidak diingini.

BACA >>> TGR Festival 3.0: Shawn Lee, Tengku Djan Mula Petak Pertama untuk Aksi Final Hari Ini!

NABIL JUARA PROMOTIONAL

Seperti biasa, aksi perlumbaan kelas Promotional tidak lengkap tanpa adegan menarik sesama selebriti. Pelawak Nabil Ahmad mencipta kejuaraan selepas menundukkan lawan selebriti lain.

“Saya teruja dengan kejuaraan kali ini kerana dapat menundukkan lawan yang hebat seperti Shawn Lee dan Shukri Yahya. Ini kenangan paling berharga buat saya!” kata Nabil yang juga kali pertama menjadi juara sejak menyertai siri perlumbaan Toyota Vios Challenge musim lalu.

Shawn Lee yang mendapat kedudukan pertama pada Race 1 di pusingan kelayakan gagal menyempurnakan perlumbaan final  untuk aksi Race 2. Ini termasuk mengagalkan usaha Shukri Yahaya apabila terlanggar belakang kereta aktor itu pada lap keenam.

Kedudukan kedua menjadi milik Khai Bahar, manakala penyanyi Nabila Razali sangat berpuas hati apabila menduduki podium ketiga.

Keputusan Kelas Promotional
  1. Nabil Ahmad
  2. Khai Bahar
  3. Nabila Razali
  4. Wany Hasrita
  5. Akio Takeyama

AKSI AMATUR MENDEBARKAN, MILIK HAJI SUTAN

Kelas Sporting mencatatkan aksi mendebarkan antara pelumba amatur kelompok atasan yang akhirnya berpihak kepada Haji Sutan Mustafa Salihin daripada pasukan SMS Motosports, dan disusuli pelumba muda 17 tahun, Bradley Benedict Anthony (Dream Chaser) dan pelumba solo Dannies Ng, ketiga.

Walaupun tidak bermula dalam kelompok lima pelumba petak depan, Sutan, 47, masih mampu memberikan cabaran sengit, terutama daripada pesaing terdekatnya, Bradley yang juga kehilangan rentak buat seketika sebelum kembali merampas kedudukan daripada Dannies akibat kesilapan gear.

“Ia 20 pusingan yang agak mencabar bersama Bradley dan Dannies, saya harus lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan terutama pada setiap selekoh dan cuba elak seberapa banyak kesilapan yang mungkin berlaku.

“Saya sedikit lega apabila mereka hanya bergelut untuk kedudukan kedua, tetapi saya harus lebih berusaha untuk mencipta jarak lebih baik selepas ini,” kata pelumba itu.

Keputusan Kelas Sporting

1. Haji Sutan Mustaffa Salihin (SMS Motorsports)
2. Bradley Benedict Anthony (Dream Chaser)
3. Dannies Ng
4. Adam Khalid (Crestmax Motorsports)
5. Tom Goh (S&D Tama Motorsports)

KENNY LEE UNGGULI SUPER SPORTING

Kelas Super Sporting yang dibarisi pelumba profesional menobatkan Kenny Lee (Kegani Racing) sebagai juara pusingan kedua Toyota Vios Challenge ini dengan mengalahkan pencabar utama, Tengku Djan Ley (23 Motors). Beliau juga menidakkan hasrat Mark Darwin (Laser Motor Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Kenny bermula bijak apabila menguasai perlumbaan seawal selekoh  pertama dengan meninggalkan Syafiq Ali (M7 Japan Project Team). Namun, pujian juga harus diberikan Tengku Djan atas kepakaran dan pengalamannya untuk melonjak naik dari kedudukan keenam ke kedudukan kedua.

Keputusan Super Sporting

1. Kenny Lee (Kegani Racing)
2. Tengku Djan Ley (23 Motors)
3. Mark Darwin (Laser Motor Racing)
4. Syafiq Ali (M7 Japan Project Team)
5. Brendan Paul Anthony (Dream Chaser)

Festival TGR kali ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung seperti sesi pandu-uji, persembahan drif pemandu profesional Jepun, cabaran simulator perlumbaan, konsert dan juga pertandingan BeyBlade untuk kanak-kanak. Rugilah siapa tak datang tu!

GALERI
2019 toyota vios Artis Toyota Gazoo Racing Auto Terkini festival Toyota Gazoo Racing sukan permotoran TGR Festival TGR Festival Musim ke-3 Toyota Toyota Gazoo Racing (TGR) Toyota Gazoo Racing Festival Toyota Vios Challenge
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.