• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Toyota Vios Challenge 3.0: Nabil Ahmad Naik Podium Juara Promotional!

November 13, 2019 By MS Leave a Comment


LEBIH 10,000 orang pengunjung hadir ke acara Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival dan siri perlumbaan Toyota Vios Challenge musim ketiga yang berlangsung dua hari di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Ini kali pertama acara tersebut menjadi kawasan lapangan terbang itu, yang dulu dikenali sebagai  Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sebagai trek lumba. Litar sepanjang 1.96km nyata tidak mengecewakan apabila pelumba setiap kelas perlumbaan dapat menamatkan saingan masing-masing tanpa adegan tidak diingini.

BACA >>> TGR Festival 3.0: Shawn Lee, Tengku Djan Mula Petak Pertama untuk Aksi Final Hari Ini!

NABIL JUARA PROMOTIONAL

Seperti biasa, aksi perlumbaan kelas Promotional tidak lengkap tanpa adegan menarik sesama selebriti. Pelawak Nabil Ahmad mencipta kejuaraan selepas menundukkan lawan selebriti lain.

"Saya teruja dengan kejuaraan kali ini kerana dapat menundukkan lawan yang hebat seperti Shawn Lee dan Shukri Yahya. Ini kenangan paling berharga buat saya!" kata Nabil yang juga kali pertama menjadi juara sejak menyertai siri perlumbaan Toyota Vios Challenge musim lalu.

Shawn Lee yang mendapat kedudukan pertama pada Race 1 di pusingan kelayakan gagal menyempurnakan perlumbaan final  untuk aksi Race 2. Ini termasuk mengagalkan usaha Shukri Yahaya apabila terlanggar belakang kereta aktor itu pada lap keenam.

Kedudukan kedua menjadi milik Khai Bahar, manakala penyanyi Nabila Razali sangat berpuas hati apabila menduduki podium ketiga.

Keputusan Kelas Promotional
  1. Nabil Ahmad
  2. Khai Bahar
  3. Nabila Razali
  4. Wany Hasrita
  5. Akio Takeyama

AKSI AMATUR MENDEBARKAN, MILIK HAJI SUTAN

Kelas Sporting mencatatkan aksi mendebarkan antara pelumba amatur kelompok atasan yang akhirnya berpihak kepada Haji Sutan Mustafa Salihin daripada pasukan SMS Motosports, dan disusuli pelumba muda 17 tahun, Bradley Benedict Anthony (Dream Chaser) dan pelumba solo Dannies Ng, ketiga.

Walaupun tidak bermula dalam kelompok lima pelumba petak depan, Sutan, 47, masih mampu memberikan cabaran sengit, terutama daripada pesaing terdekatnya, Bradley yang juga kehilangan rentak buat seketika sebelum kembali merampas kedudukan daripada Dannies akibat kesilapan gear.

"Ia 20 pusingan yang agak mencabar bersama Bradley dan Dannies, saya harus lebih berhati-hati dalam setiap pergerakan terutama pada setiap selekoh dan cuba elak seberapa banyak kesilapan yang mungkin berlaku.

"Saya sedikit lega apabila mereka hanya bergelut untuk kedudukan kedua, tetapi saya harus lebih berusaha untuk mencipta jarak lebih baik selepas ini," kata pelumba itu.

Keputusan Kelas Sporting

1. Haji Sutan Mustaffa Salihin (SMS Motorsports)
2. Bradley Benedict Anthony (Dream Chaser)
3. Dannies Ng
4. Adam Khalid (Crestmax Motorsports)
5. Tom Goh (S&D Tama Motorsports)

KENNY LEE UNGGULI SUPER SPORTING

Kelas Super Sporting yang dibarisi pelumba profesional menobatkan Kenny Lee (Kegani Racing) sebagai juara pusingan kedua Toyota Vios Challenge ini dengan mengalahkan pencabar utama, Tengku Djan Ley (23 Motors). Beliau juga menidakkan hasrat Mark Darwin (Laser Motor Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Kenny bermula bijak apabila menguasai perlumbaan seawal selekoh  pertama dengan meninggalkan Syafiq Ali (M7 Japan Project Team). Namun, pujian juga harus diberikan Tengku Djan atas kepakaran dan pengalamannya untuk melonjak naik dari kedudukan keenam ke kedudukan kedua.

Keputusan Super Sporting

1. Kenny Lee (Kegani Racing)
2. Tengku Djan Ley (23 Motors)
3. Mark Darwin (Laser Motor Racing)
4. Syafiq Ali (M7 Japan Project Team)
5. Brendan Paul Anthony (Dream Chaser)

Festival TGR kali ini menyajikan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung seperti sesi pandu-uji, persembahan drif pemandu profesional Jepun, cabaran simulator perlumbaan, konsert dan juga pertandingan BeyBlade untuk kanak-kanak. Rugilah siapa tak datang tu!

GALERI
_A739890
_A739819
_A7R5752
_A7R5851
NP2_9889
NP2_9985
JY303743
_A737351
_A7R6046
_A7R5876
NP2_9901
NP2_0748
DRIC7975

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 toyota vios, Artis Toyota Gazoo Racing, auto terkini, festival Toyota Gazoo Racing, sukan permotoran, TGR Festival, TGR Festival Musim ke-3, Toyota, Toyota Gazoo Racing (TGR), Toyota Gazoo Racing Festival, Toyota Vios Challenge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my