Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota ‘Tokyo 2020 Version’ – Kenderaan e-Palet untuk Atlet Olimpik, Paralimpik 2020
Roda4

Toyota ‘Tokyo 2020 Version’ – Kenderaan e-Palet untuk Atlet Olimpik, Paralimpik 2020

Han OthmanBy Han Othman22/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA akan membekalkan 20 unit kenderaan e-Palet @ e-Palette ‘Tokyo 2020 Version’ sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebagai pengangkutan atlet dan staf bertugas sepanjang acara prestij tersebut.

Kenderaan automatik elektrik-bateri itu direka khas untuk kegunaan semasa acara sukan tersebut dengan mengambil kira maklum balas atlet tentang keperluan pergerakan mereka berdasarkan acara terdahulu.

Ketua Pembangunan e-Palet ‘Tokyo 2020 Version’, Takahiro Muta berkata, sepanjang proses pembangunan, atlet-atlet, terutama atlet paralimpik, banyak membantu Toyota memahami bagaimana menyesuaikan dan menaik taraf e-Palet menjadi kenderaan yang ringkas, senang dan selesa.

BACA >>> SUV ‘Toolbox’, Toyota TJ Cruiser Versi Pengeluaran Akan Buka Tempahan Disember Ini?

e-Palet kali pertama diumumkan Toyota pada 2018, yang juga kenderaan pertama dibangunkan pengeluar itu untuk tujuan mobiliti autonomi sebagai aplikasi perkhidmatan. Ia dikawal menggunakan sistem pemanduan automatik dan mampu bergerak hingga 20kmj serta disokong operator keselamatan yang  turut ada bersama.

Apakah yang menarik tentang e-Palet ‘Tokyo 2020 Version’?:

1. DIREKA UNTUK KESELESAAN

Rekabentuk kiub simetri di depan dan belakang, dan roda di empat penjuru memberikan ruang dalaman yang selesa dan luas. Juga ada rel tangan dan kerusi yang mudah digunakan semua atlet tanpa mengira ketinggian. Warna kontras pada lantai, trim, kerusi dan komponen lain membantu mereka yang mengalami masalah buta warna.

2. MASUK/KELUAR MUDAH DAN PANTAS UNTUK PENUMPANG

e-Palet dilengkapi pintu gelungsur besar, ramp elektrik dan sistem Arrival Control untuk kegunaan apabila sampai ke destinasi dituju. Ia membolehkan penumpang, termasuk mereka yang berkerusi roda untuk masuk dan keluar dengan cepat dan mudah.

Dengan jarak roda panjang dan lantai rata, ‘Tokyo 2020 Version’ mampu memuatkan empat penumpang berkerusi roda dengan tambahan tujug penumpang berdiri pada satu-satu masa.

3. PEMANDUAN AUTOMATIK HALAJU RENDAH DENGAN FOKUS KESELAMATAN

e-Palet dilengkapkan sistem pemanduan automatik khas, terdiri daripada perkakasan dan perisian kawalan, serta sensor termaju seperti kamera dan LiDAR. Digabungkan bersama pemetaan 3D berketepatan tinggi dan sistem pengurusan operasi, ‘Tokyo 2020 Version’ mampu beroperasi sebagai kenderaan autonomi SAE tahap 4

Bagi menyokong operasi selamat, e-Palet memiliki antara muka mesin-manusia luaran yang direka untuk membantu komunikasi dengan persekitaran kenderaan, seperti pejalan kaki, ketika dipandu. Kedua-dua lampu depan dan belakang meniru konsep hubungan mata manusia untuk memberitahu pejalan kaki tentang apa kenderaan mahu lakukan.

Sistem pemanduan automatik secara tetap pula berfungsi memantau halangan dengan pandangan keliling 360º dan beroperasi pada halaju bersesuaian mengikut situasi semasa. Sebagai langkah berwaspada, seorang operator keselamatan ditugaskan dalam kenderaan tersebut yang bertanggungjawab memantau pergerakan kenderaan dan sentiasa bersiap sedia mengambil alih ‘Tokyo 2020 Version’ jika keadaan memerlukan.

SPESIFIKASI

Dimensi: 5,255mm (panjang) | 2,065mm (lebar) | 2,760mm (tinggi) | 4,000mm (jarak roda)
Bilangan Penumpang: Hingga 20 orang (termasuk seorang operator)
* untuk penumpang berkerusi roda – hingga 4 orang + 7 penumpang berdiri
Anggaran Jarak: 150km
Kelajuan: 19kmj

Auto Terkini e-Palet e-Palette EV Kenderaan Autonomi Kenderaan Elektrik (EV) Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 Sukan Olimpik Sukan Olimpik Tokyo 2020 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 Takahiro Muta TMS 2019 Toyota Tokyo 2020 Version
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.