Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota, Subaru Jalin Kerjasama Hasilkan Platform EV, Crossover Akan Jadi Model Pertama
Auto Terkini

Toyota, Subaru Jalin Kerjasama Hasilkan Platform EV, Crossover Akan Jadi Model Pertama

Han OthmanBy Han Othman18/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA dan Subaru mengumumkan pelan kerjasama untuk membangunkan platform kenderaan elektrik bateri (BEV) saiz pertengahan dan besar baharu.

Kerjasama dua pengeluar automotif Jepun itu akan membawa kepada pengenalan model crossover elektrik baharu yang akan dijual di bawah jenama masing-masing. Sebenarnya ini bukan kali pertama Toyota dan Subaru bekerjasama kerana sebelum ini pernah terbabit dalam projek kereta sport Toyota 86/Subaru BRZ.

BACA >>> Toyota 86 dan Subaru BRZ Serba Baharu dalam Pembikinan?

Menurut kenyataan bersama syarikat;

“Dengan menggabungkan kekuatan masing-masing, seperti teknologi pacuan semua roda (AWD) yang dihasilkan Subaru sejak bertahun-tahun lama, dan teknologi kenderaan elektrik yang digunakan Toyota untuk menggabungkan syarikat lain yang berkongsi aspirasi sama, dua syarikat ini berhasrat menggalas cabaran dalam menghasilkan produk menarik yang hanya boleh ditawarkan BEV.”

KOS PEMBANGUNAN FAKTOR PENGELUAR BEKERJASAMA

Kerjasama Toyota-Subaru ialah bukti perubahan lanskap automotif masa kini. Penambahan kos pembangunan dengan teknologi termaju seperti BEV dan teknologi semi-autonomi memaksa pengeluar saling bekerjasama dalam projek pembangunan tertentu. Sebelum ini, Jaguar dan BMW mengumumkan kerjasama dalam pembangunan platfom kenderaan elektrik (EV) premium baharu untuk menjimatkan kos.

Ada banyak alasan kenapa pengeluar automotif hari ini cenderung menjalinkan kerjasama membangunkan EV. Antaranya, bateri EV memerlukan sejumlah besar litium mentah dan bahan nadir bumi lain.Permintaan perlu tinggi supaya bekalan dapat diperoleh.

Jadi, hanya dengan berkerjasama sahaja bekalan dapat diperoleh memandangkan permintaan pembeli terhadap EV masih belum mencukupi.

“Pengkomersialan BEV memerlukan penggunaan bateri berkapasiti besar, dan bersama popularisasi BEV, permintaan dimensi baharu akan bergantung kepada bekalan bateri.  Toyota dan Subaru yakin ia kini jadi keperluan untuk mengejar model perniagaan yang menjangkaui konvensyen, dan merentasi sempadan industri bersama entiti lain yang berkongsi aspirasi sama.”

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota 86 dan Subaru BRZ Tiada Pengecas Turbo?

Perkongsian Toyota-Subaru sudah bermula sejak 2005. Hari ini, Toyota memegang jumlah saham terbesar dalam Subaru, iaitu 16.77 peratus.

SUMBER: AutoGuide

Auto Terkini JV Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) kerjasama Subaru Toyota Toyota-Subaru Usahasama
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

27/07/2026
Auto Terkini

Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

26/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.