Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Paling Laris Dunia 2021, Jual Lebih 10.4j Unit, Kekal Atasi Volkswagen Group
Auto Terkini

Toyota Paling Laris Dunia 2021, Jual Lebih 10.4j Unit, Kekal Atasi Volkswagen Group

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA mengekalkan rekod sebagai jenama kenderaan paling laris dunia sepanjang 2021 buat tahun kedua berturut-turut dengan memintas Volkswagen Group.

Menurut laporan, Toyota Group merekodkan jualan 10,495,548 unit pada 2021, meningkat hampir 10 peratus berbanding pencapaian 2020.

BACA >>> Jualan Toyota Merosot Teruk, Tetapi Masih Nombor Satu di Indonesia
BACA >>> Toyota Pintas Volkswagen untuk Jenama Automotif Paling Laris Dunia Sepanjang 2020

Jualan Susut di Jepun?

Sepanjang 2021, sektor automotif berdepan banyak kekangan tidak dijangka seperti penularan wabak Covid-19, khususnya varian Delta dan masalah bekalan cip semikonduktor.

Malah, Toyota terpaksa menggantung aktiviti pengeluaran di kilang di beberapa negara disebabkan ketiadaan cip semikonduktor. Namun, pengeluaran sepanjang 2021 masih positif dengan mencatatkan 10,076,246 unit atau kenaikan 9.4 peratus.

Antara model baharu yang menarik perhatian ramai pembeli ialah Toyota Land Cruiser 300 dan Toyota Avanza (Xenia).

Di bawah payung Toyota Group, ada empat jenama popular, iaitu Toyota, Daihatsu, Hino dan Lexus. Berikut jumlah jualan jenama paling dominan di bawah kumpulan itu, iaitu:

  • Toyota – 9,615,157 unit
  • Daihatsu – 725,179 unit
  • Hino – 155,212 unit

PECAHAN PASARAN TOYOTA GROUP

Toyota dan Hino sebenarnya lebih laris di pasaran luar Jepun, sebaliknya penduduk di Negara Matahari Terbit itu menyambut baik jenama Daihatsu.

Toyota
  • Pasaran Jepun: 1,476,136 unit, termasuk model kei-car
  • Pasaran Luar:  8,139,021 unit
Hino
  • Pasaran Jepun: 59,935 unit
  • Pasaran Luar:  95,277 unit
Daihatsu
  • Pasaran Jepun: 572,739 unit
  • Pasaran Luar:  152,440 unit

Total Jualan Jepun vs Pasaran Luar

  • Jumlah jualan Toyota Group di Jepun: 2,108,810 unit, susut 2.2 peratus berbanding 2020.
  • Jumlah jualan pasaran luar: 8,386,738 unit, naik 13.8 peratus.

BACA >>> Toyota, Lexus Bakal Lancar 30 Model Elektrik Pelbagai Segmen Menjelang 2030

SITUASI JUALAN VW GROUP 


Dalam perkembangan lain, Volkswagen AG kekal sebagai pengeluar yang mencatatkan jualan kedua tertinggi global sejak dipintas Toyota Group pada 2020.

Bagaimanapun, perbezaan jualan dua pesaing itu agak tipis pada 2020, yang mana Toyota Group mencatatkan jualan 9.53 juta kenderaan, manakala Volkswagen 9.31 juta.

Tahun itu, Toyota melebarkan jurang jualan dengan  rekod jualan 8.8 juta unit. Sebenarnya, jualan terkumpul Volkswagen Group jatuh 4.5 peratus berbanding 2020. Menariknya, jualan kenderaan elektrik penuh (BEV) konglomerat dari Jerman tersebut melonjak hampir sekali ganda kepada 452,900 unit sepanjang 2021, mewakili 5.1 peratus jumlah jualan global.

Berikut model BEV paling laris Volkswagen Group sepanjang 2021:

  • Volkswagen ID – 119,600 unit
  • Volkswagen ID.3 – 73,500 unit
  • Audi e-Tron – 49,200 unit
  • Skoda Enyaq iV – 44,700 unit
  • Volkswagen e-up! – 41,400 unit
  • Porsche Taycan – 41,300 unit

SUMBER: Autonetmagz

Auto Terkini Statistik Jualan Kenderaan Dunia 2021 Toyota Group Toyota Jualan 2021 Volkswagen AG VW Group
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.