Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Toyota MY – Aplikasi Mobil Serba Guna, Mudah Akses untuk Pemilik Toyota!
Autotainment

Toyota MY – Aplikasi Mobil Serba Guna, Mudah Akses untuk Pemilik Toyota!

Han OthmanBy Han Othman07/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda UMW Toyota Motor (UMWT) baru saja melancarkan aplikasi mobil Toyota MY untuk peranti iOS dan Android?

Aplikasi baharu ini disepadukan dengan ciri Toyota Drive dan Toyota 24Seven dalam satu platform tunggal mudah guna yang memberikan solusi mobiliti lancar kepada pemilik Toyota.

Menerusi aplikasi ini, pengguna diberikan pakej lengkap bagi memudahkan pengurusan kenderaan, seiring falsafah ‘Kaizen’, iaitu penambahbaikan berterusan yang bukan hanya melibatkan aspek rekabentuk dan pembuatan, tetapi juga pengalaman kepenggunaan.

Aplikasi Toyota MY menggabungkan fungsi daripada aplikasi Toyota terdahulu dalam satu paparan tunggal mesra pengguna yang memudahkan pemilik mengakses maklumat mengenai kenderaan, janji temu servis, menyemak mata keahlian Loyal-T, memohon bantuan jalanan 24Seven, dan mengesan outlet Toyota berdekatan.

Paparan depan Toyota MY
Bahagian tip penjagaan kereta ‘Car Care Tips’
Boleh jejak lokasi bilik pameran, pusat servis dan bengkel ketuk dan cat
Senarai pusat servis berdekatan.
Bahagian ‘Special Service Campaign’

Dengan akses mudah merentasi pelbagai peranti mobil, penggunaan aplikasi Toyota MY dapat memudahkan pemilik menguruskan kenderaan menerusi sokongan dalam menyelenggara kenderaan pada tahap prestasi terbaik.

Aplikasi tersebut turut berperanan sebagai hab pusat untuk promosi dan berita terkini mengenai Toyota, sekali gus menjadi platform digital utama UMWT dalam memperkenalkan inovasi dan peningkatan baharu.

Sebelum ini, pemilik Toyota perlu memuat turun dua aplikasi berbeza, Toyota Drive (dilancarkan pada 2017), dan Toyota 24Seven. Susulan pengenalan Toyota MY, kedua-dua aplikasi sedia ada itu akan ditamatkan secara berperingkat.

Toyota MY membolehkan pemilik merasai pengalaman pemilikan menyeluruh dan lebih seronok dengan kereta mereka.

Apa perlu anda buat adalah log masuk aplikasi Toyota MY menggunakan alamat e-mel berdaftar selepas melalui proses tetapan mudah dan pantas. Jika anda pemilik Toyota baharu, daftar saja butiran di outlet Toyota pilihan ketika membeli kereta untuk memudahkan akaun dibuka.

Jadi tunggu apa lagi pemilik Toyota? Muat turun aplikasi Toyota MY sekarang sama ada  menerusi Apple App Store atau Google Play Store. Maklumat lanjut boleh layari:

  • https://apps.apple.com/my/app/toyota-drive/id1182883397
  • https://play.google.com/store/apps/details?id=umwt.com.toyotadrive.android
Aplikasi Toyota MY Auto Terkini autotainment Toyota MY Toyota MY App UMW Toyota (UMWT)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.